Monday, 29 September 2014

Sebenarnya Iszuree Ibrahim Bukan Dipecat.. Ini Buktinya


KEPALA BATAS - Iszuree Ibrahim bukan dipecat sebagai Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), tetapi dikeluarkan dari semua jawatankuasa tetap serta dibekukan peruntukan beliau.

Memetik sumber dalam parti, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Tuan Haji Mohamad Sabu menjelaskan Iszuree masih tidak dipecat daripada jawatannya itu seperti digambarkan oleh AJK PAS Pusat, Nasrudin Hasan At-Tantawi dan Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda PAS Negeri).

"Iszuree sepatutnya dipecat, tetapi, saya berunding supaya ada kaedah lain agar dia tidak dipecat," jelas Mohamad dalam Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri di Pongsu Seribu, petang semalam.

Sumber memberitahu, seorang lagi Ahli Majlis MPPP daripada PAS, Mhd Nasir Yahaya telahpun diberi tanggungjawab menguruskan baki peruntukan Iszuree.

Sebelum itu, Iszuree diminta memberi penjelasan lanjut mengenai laporan berita 'Pulau Pinang lebih mesra pemaju macam BN'.

Iszuree dalam reaksi spontan berdalih, "berita itu (adalah) manipulasi Malaysiakini."

Dalihnya lagi, apa yang diucapkan beliau dalam Muktamar PAS Ke-60 pada pertengahan bulan lepas adalah berdasarkan teks ucapan perwakilan, yang kononnya turut disemak oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS  Negeri Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Bagaimanapun, beliau gagal mengemukakan perkara yang benar berdasarkan teks ucapannya dan yang palsu berdasarkan laporan berita Malaysiakini itu, semasa disyor oleh seorang anggota mesyuarat Badan Perhubungan Negeri. 

Mesyuarat turut disyor menubuhkan jawatankuasa menilai ucapannya Iszuree tersebut. ~faqar


Addin:

Sesiapa yang berkenaan bolehkah sah berita ini?





Iklan C (ii)







1 comment:

  1. Tuan,
    Mohon pencerahan..apa beza antara "dikeluarkan dari jawatan' DAN 'dipecat' ??....Janganla dok asyik tipu orang2 kita dengan perkataan yang berbelit2...namapak sangat munafik

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...