Thursday, 11 September 2014

Rupanya Perjanjian Air Putrajaya Tidak Sah.. Ini Buktinya?


Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail perlu menasihatkan Putrajaya perjanjian air dengan Selangor yang dijadual dimuktamadkan esok mungkin tidak sah, kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago daripada DAP yang pernah membangkitkan perkara serupa sebelum ini.

Charles mengulangi kenyataannya Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada waktu ini berstatus 'caretaker,' oleh itu beliau tidak sepatutnya menandatangani kontrak air atau sebarang kontrak dengan mana-mana aset negara.

"Mana-mana pihak ketiga yang memasuki kontrak sebegitu harus sedar yang kerajaan negeri baharu yang akan ditubuhkan mungkin akan mengambil pendirian kontrak itu tidak tidak ada ikatan undang-undang. 

Memandangkan ini isu serius, peguam negara harus menasihati kerajaan persekutuan yang perjanjian akhir penstrukturan semula industri air yang dijadualkan ditandatangani esok, mungkin tidak sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini. ~tmi





Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...