Tuesday, 2 September 2014

Punca Sebenar Umno BN Mahu Tangkap Unit Amal Tersebar?


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, beliau sanggup pertahan dengan nyawa jika ada pihak yang mahu menzalimi anggota Unit Amal PAS. 

Menurutnya, Unit Amal PAS adalah sebuah badan kebajikan yang telah mengharumkan bukan sahaja nama PAS, tetapi nama Malaysia itu sendiri melalui misi kebajikan dan kemanusiaan yang dijalankan mereka.

Ianya termasuk misi kemanusiaan ketika banjir besar melanda Johor pada 2006 dan di Pahang dua tahun lalu. 

Selain itu jelasnya, di peringkat antarabangsa pula Jabatan Amal PAS telah mengharumkan nama negara apabila turut turun membantu mangsa gempa bumi di Pakistan dan Tsunami di Aceh. 

"Saya sedia pertahan dengan nyawa saya selagi mana kita yakin mereka menjalankan tugas kebajikan dan bukan aktiviti keganasan," tegas beliau kepada Harakahdaily. 

Salahuddin berkata, ketika dalam pemuda, beliau antara yang awal terlibat dalam pemerkasaan Unit Amal sejak ia ditubuhkan 30 tahun dahulu. 

Matlamat asal penubuhan katanya adalah untuk melakukan kerja kebajikan dalam parti, dan khidmat sosial dalam masyarakat umum. 

"Sehingga sekarang kita yakin mereka masih di atas landasan yang betul," tegasnya. 

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam yang melahirkan keyakinan bahawa anggota Unit Amal PAS turut akan ditahan seperti 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang. 

Menurut Zahid, penahanan anggota PPS dibuat kerana beliau turut menerima laporan bahawa mereka turut memukul orang dan melakukan tindakan yang melanggar Perlembagaan termasuk mengambil tugas polis. 

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata beliau bersedia untuk bertemu Zahid bagi memberi penjelasan berhubung tugas dan operasi Unit Amal. 

"Kita sedia beri kerjasama kepada polis. Saya harap Zahid boleh panggil saya sendiri bila-bila masa," tegasnya. ~hrkh



Iklan C (ii)








1 comment:

  1. Tak perlulah Salehudin jumpa Zahid...susah berunding dengan Menteri yang kurang cerdik ni........

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...