Wednesday, 17 September 2014

PRK Pengkalan Kubor : W'pun Bukan Dilahirkan Di Kelantan Tetapi Wan Rosdi Asal Usul Kelantan.. Ini Buktinya


"Hanya dilahirkan di Kedah, saya dicop bukan anak jati Kelantan sedangkan kedua ibu bapa saya lahir di bumi Serambi Mekah ini. Malah saya yang hidup sejak kecil di negeri ini tak layak jadi anak Kelantan ke?

"Tak payahlah nak mainkan isu ini sebab inilah tempat tumpah darah ibu dan bapa saya. Kebetulan mereka berhijrah ke Kedah untuk mencari rezeki, saya dilahirkan di sana,” kata calon Pas untuk Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim kepada MalaysiaGazette.

Isu Wan Rosdi bukan anak jati Kelantan mula tersebar dalam blog-blog tempatan bertujuan mempengaruhi pengundi agar menolak dirinya sebagai wakil rakyat.

"Memang saya tidak nafikan kedua ibu bapa saya pernah tinggal di Kampung Lanar, Baling, Kedah tetapi ketika itu, ramai rakyat Kelantan berhijrah akibat kesempitan hidup.

"Apa yang saya tahu, setelah beberapa tahun bekerja, mereka membeli tanah membina rumah di sana hinggalah lahirnya saya dan empat lagi adik saya," ceritanya.

Namun jelasnya, ketika berusia enam tahun, bapanya telah menghantarnya pulang ke Tanah Merah , Kelantan untuk tinggal bersama datuknya.

"Tak lama selepas itu, semua ahli keluarga saya termasuk mak dan ayah yang menjual tanah di Kedah dan pakat pulang semula ke Kelantan.

"Saya hairan bagaimana boleh timbul isu ibu dan bapa saya bukan anak jati Kelantan. Tapi saya faham bahawa ini semua adalah provokasi politik," ujarnya. ~malaysia gazzete





Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...