Tuesday, 23 September 2014

PRK Pengkalan Kubor: Umno Guna Taktik Kempen Zaman Jahilliah


TUMPAT: Bekas Adun Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamat membuat laporan polis terhadap penyebaran secara meluas risalah yang menghina Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pengkalan Kubor.

Katanya, laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis menyiasat perkara itu bagi mengelakkan mencetus perasaan tidak senang kalangan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

“Kita terpaksa mengambil langkah itu demi menjaga maruah seorang pemimpin besar terhadap risalah yang tidak bertanggungjawab tersebut.

"Saya tampil membuat laporan polis sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab.

“Saya mengharap kepada pihak yang bertanggungjawab tampil memohon maaf secara terbuka kepada Tok Guru,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat hari ini. ~harakahdaily




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...