Thursday, 4 September 2014

PKR Jawab Surat Istana Selangor


PKR akan memberi maklum balas kepada surat dari istana yang meminta dua lagi nama ADUN mereka sebagai calon menteri besar dalam tempoh 48 jam mulai hari ini.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata partinya akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan langkah seterusnya yang bakal diambil parti itu.

"Insya-Allah dalam masa terdekat (kami jawab).

"Dalam tempoh 48 jam parti akan memberi maklum balas kepada istana," kata beliau kepada media selepas mesyuarat biro politik PKR di ibu pejabat parti itu hari ini. ~mk





Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...