Wednesday, 10 September 2014

PKR Jawab Surat Amaran Dari Istana Selangor.. Ini Penjelasan SU Agung


PKR enggan mengesahkan menghantar lebih 2 nama calon menteri besar Selangor kepada Sultan, tetapi mengaku menghantar surat kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah menjawab surat amaran daripada istana pada 3 September lalu.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata surat itu ditandatangani presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan diserahkan semalam.

"Kami hantar surat ke istana semalam tetapi saya tidak tahu isi kandungannya. Apa yang saya tahu hanya, surat dihantar, dan perkara ini dimaklumkan istana," katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Katanya, mesyuarat itu tidak secara khususnya membincangkan isu pencalonan lebih 2 nama untuk jawatan menteri besar Selangor seperti titah Sultan.

Pada 3 September, istana Selangor menegur PKR kerana menghantar hanya satu nama calon menteri besar, menyebabkan parti itu mengumumkan yang ia akan mengambil langkah perlu dan wajar dalam masa 48 jam berikutnya. ~tmi



Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...