Monday, 22 September 2014

Petanda Baru PAS Akan Menang Di PRK Pengkalan Kubor

prk pengkalan kubor

TUMPAT: Seperti juga di tempat-tempat lain, anak-anak muda di Pengkalan Kubor juga merupakan golongan yang kritikal terhadap isu-isu semasa.

Maka tidak hairanlah ramai menzahirkan sokongan terbuka kepada calon Pakatan Rakyat, Wan Rosdi Wan Ibrahim. Tidak kurang juga yang sanggup meninggalkan kerja harian bagi membantu kempen calon pilihan mereka.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sehingga kini gerak kerja pemuda PAS tidak berhadapan masalah bagi mendekati golongan muda di Pengkalan Kubor.

Katanya, jentera pemuda negeri turut dibantu Pemuda PAS dari negeri-negeri lain di mana mereka dipertanggungjawab menjaga unit peti undi (UPU) tertentu di Pengkalan Kubor.

"Jentera pemuda yang datang begitu bersemangat bagi memastikan Pengkalan Kubor dapat dirampas semula pada PRK kali ini," ujar beliau ketika ditemui di markas pemuda di sini hari ini.

Ahmad Fadhli juga berkata pemuda mengambil pendekatan menziarahi rumah ke rumah bagi mengenal pasti pemuda yang berdaftar sebagai pemilih keluar membuang undi pada Khamis ini.

Menurutnya juga Pemuda Kelantan telah menghubungi anak-anak muda Pengkalan Kubor yang bekerja di luar Kelantan supaya pulang mengundi.

“Sebahagian besar mereka telah memberi komitmen untuk pulang mengundi pada PRK kali ini. Alhamdulillah kita menerima respons baik daripada mereka.

“Walaupun hari mengundi jatuh pada hari kerja, mereka sanggup pulang untuk memastikan ada perubahan politik berlaku di Dun Pengkalan Kubor," katanya. ~harakahdaily






Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...