Wednesday, 24 September 2014

Penyokong Umno Pun Tak Sanggup Ada Menteri Macam Ni..


Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata pelantikan Mohamed Azmin sebagai menteri besar Selangor yang baru bukanlah sesuatu perkara yang signifikan bagi negeri terkaya itu, tetapi hanya 'menumpang' kejayaan yang telah dilakukan kerajaan BN selama 15 penggal.
    
Ahmad yang juga timbalan menteri kewangan berkata 95 peratus daripada pembangunan di negeri itu disumbangkan oleh kerajaan BN.
    
"Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 dan ke-13, pihak pembangkang mula mengambil alih pentadbiran negeri Selangor dan sekiranya terdapat sumbangan mereka (kepada negeri itu), jumlahnya kurang daripada lima peratus.
    
"Tan Sri (Abdul) Khalid (Ibrahim) dan Azmin selaku menteri besar baru hanya menyambung kejayaan yang telah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Seminar Industri Kewangan Islam: Antara Kefahaman, Pelaksanaan dan Sikap, diibunegara semalam.
    
Mohamed Azmin, 50, yang juga anggota Parlimen Gombak, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairong Seri, Istana Alam Shah pagi semalam.
    
Timbalan presiden PKR itu mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu sejak 2008.

Sementara itu, di TUMPAT, Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata kemelut isu menteri besar di negeri itu sudah pun selesai dan ia membuktikan prinsip Raja Berperlembagaan telah dijunjung melalui keputusan Sultan Selangor itu.
    
"Mengenai konsep Raja Berperlembagaan, Sultan Selangor sudah memilih menteri besar yang baru dan tiada mana-mana pihak dan parti politik yang boleh mempersoalkan kuasa Sultan yang diberikan dalam negeri Selangor.
    
"Selepas ini rakyat Selangor akan melihat kerajaan Pakatan Rakyat termasuk menteri besar baru itu wibawa atau tidak dan BN akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang konstruktif," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media BN semalam.

Noh berkata BN juga akan memantau sama ada menteri besar baru itu melaksanakan segala janji dalam manifesto pilihan raya umum yang lalu termasuk isu air. ~malaysiakini


Addin:

Menteri ni elok berundur je lah.. kenyataannya jadi bahan lawak orang ramai. Jikalau tak cerdik, janganlag pengaruhi orang lain pulak.




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...