Friday, 26 September 2014

Penganalisis Dedah Punca Kekalahan PAS Di PRK Pengkalan Kubor


Kekalahan PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor malam tadi membuktikan walaupun di negeri yang mereka kuasai, parti Islam itu akan kalah tanpa sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat (PR), kata penganalisis.

Selain itu, PAS juga terperangkap dalam pertembungan dalaman terlalu hebat untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu daripada Barisan Nasional (BN), kata mereka kepada The Malaysian Insider.


“Kempen ini memperlihatkan kekuatan PAS tanpa rakan-rakan mereka, di negeri yang mereka kuasai,” kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian.

Beliau berkata tanpa sekutu PR, PAS hanya bergantung kepada kekuatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, katanya.

“Sekarang beliau sudah di penghujung usia, semakin lemah dan bukan lagi di barisan hadapan, anda dapat lihat kurangnya semangat di kalangan pemimpin PAS dan penyokongnya.”

“Kurangnya semangat dan juga disebabkan PRK tersepit di antara cuti sekolah dan Hari Raya Haji menyebabkan peratusan mengundi rendah,” kata Ibrahim.

Rendahnya peratusan keluar mengundi memberikan indikasi pengundi luar yang kebiasaannya mengundi pembangkang tidak pulang untuk membuang undi, katanya.

Calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ali malam tadi menang PRK Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar 2,635 undi mengalahkan calon PAS Wan Ibrahim Wan Rosdi.

Mat Razi mendapat 9,961 berbanding Wan Rosdi yang memperolehi 7,326 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya memperoleh 38 undi.

Peratusan keluar mengundi hanya 73% berbanding 80% semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas.

PRK Pengkalan Kubor berlangsung beberapa hari selepas Muktamar PAS ke-60 yang menyaksikan perlawanan secara terbuka di antara kumpulan konservatif dan kumpulan progresif parti Islam itu.

Ia juga berlangsung selepas kemelut menteri besar Selangor yang mengeruhkan hubungan antara PAS dan parti komponen PR selepas parti Islam itu mengambil pendirian berbeza.

Pemimpin tertinggi DAP dan PKR tidak kelihatan sepanjang tempoh berkempen, meninggalkan PAS sendirian di Pengkalan Kubor.

“Isu dalaman antara PR juga memberi kesan kepada pengundi di kawasan tersebut,” kata Ibrahim.

Namun beliau meragui kemelut Selangor dan sikap PAS sepanjang isu itu memberikan kesan kepada PRK disebabkan faktor Pengkalan Kubor yang berada di kawasan pedalaman.

Dr Wong Chin Huat dari Penang Institute berkata keputusan PRK memberikan gambaran masa depan politik PAS tanpa DAP dan PKR.

“Pengkalan Kubor bukan sahaja pengajaran, tetapi mini senario kepada masa depan mereka jika mahu bergerak sendirian,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata kekalahan menunjukkan menteri besar baru Datuk Ahmad Yaakob gagal menunjukkan kekuatannya sejak mengambil alih daripada Nik Aziz tahun lepas.

“Beliau mencuba memposisikan dirinya sebagai pemimpin lebih baik daripada Nik Aziz, cuba mendesak pelaksanaan hudud, tetapi ia tidak mendapat sambutan,” kata Wong.

Sementara itu, penganalisis politik Khoo Khay Peng berkata PAS perlu menempuh jalan panjang untuk memenangi sokongan pengundi, terutamanya apabila PKR dan DAP tiada.

“Pakatan sudah tentu tidak membantu PAS, tetapi yang memberikan kesan kepada PAS adalah perpecahan dalamannya,” katanya.

“Keputusan PRK menunjukkan keperluan pimpinan tertinggi parti memberikan hala tuju lebih jelas dan menyelesaikan pertembungan antara golongan konservatif dan sederhana.” ~malaysian insider



Addin:

Faktor kekalahan.. rakyat sudah hilang kepercayaan. Kembalikan kepercayaan rakyat dengan gerak kerja dan rapatkan saf-saf yang renggang..




Iklan C (ii)





2 comments:

  1. Keapa tak imbas PRK Teluk Intan...

    ReplyDelete
  2. Tuan

    Pandangan sufian Ibrahim mengatakan PK kawasan pendalaman tidak tepat kerana ia berada tidak jauh dari Kota Bharu tidak seperti di Manek Urai, Ulu Kelantan. Orang PK hari2 dtg KB dan sebaliknya. Untuk mengatakan isu MB Selangor, gelagat TGHH & UG, serta muktamar PAS baru2 ini tidak memberi kesan kepada keputusan PRK PK tidak benar samasekali.

    P3netrasi internet di PK juga timggi. Jangan pandang rendah kemampuan oran PK menerima maklumat alternatif dari internet. Kadar pendidikan juga tinggi.

    Kekalahan PAS yang memalukan bukan satu kejutan malah ia adalah satu amaran keras kepada kerajaan PAS Kelantan supaya berubah. Ketidakpuasan rakyat kelantan kepada ketidakmampuan kerajaan negeri pimpinan Ahmad Yaakob dan Nik Amar bukan rahsia. Mereka melihat keduanya tidak mampu memerintah. Cakap-cakap untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan kita d3ngar dimana-mana. Malah antara topik yang sering dibincangkan dimana-mana di Kelantan.

    Isu kemelut MB Selangor dan Muktamar PAS sebenarnya menjadi faktor pengukuh untuk p3ngundi luar tidak balik mengundi, golongan muda menolak PAS dan mungkin pengundi-pengundi pembangkang didalam PRU 13 lalu m3nolak PAS ( ini memang berlaku, cuma berapa besar je k3lompok in dalam PRK PK).

    Ketiga-tiga k3lompok ini disatukan ol3h sikap m3nolak kerajaan PAS Kelantan yang dipimpin oleh Ahmad Yaakob dan Nik Amar. Antara keduanya, Nik Amar memang tolak ol3h rakyat Kelantan ( tidak disukai) kerana peranannya memecahb3lahkan PAS Kelantan didalam krisis perlantikan EXCO selepas PRU 13 lalu.Lagipun r3kod b3liau sebagai Exco berpuluh tahun amat m3ndukacitakan. B3liau l3bih banyak merugikan kerajaan negeri dari menguntungkan.

    Percayalah....jika PAS Pusat tidak mengantikan keduanya dengan yang l3bih layak, PAS Kelantan akan be4kubur didalam PRU 14.PAS K3lantan akan menerima nasib yang sama yang dihadapi ol3h UMNO Kelantan selama 24 tahun ini. Dicemuh, dicurigai dan dipandang sebagai kera sumbang.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...