Thursday, 18 September 2014

Pemuda PAS Mungkin Cuak Dengar Berita Ini..


Berbeza pendapat dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bermakna ahli parti Islam itu ingin menjatuhkan beliau, kata perwakilan PAS Kuala Krai.

Zulkifli Mohamad ketika meluluskan minit mesyuarat muktamar lepas di sesi Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor hari ini berkata, setiap lapisan kepimpinan seharusnya dihormati ahli PAS.

"Adakah di kalangan kita yang berhasrat menjatuhkan presiden? Bangun! Ada atau tidak?" katanya.

"Kalau tiada kenapa tulis di belakang, kami menyokong presiden, kami menyokong Majlis Syura Ulama?" katanya lagi mengulas dakwaan insiden keluar dewan ketika perasmian Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi pada Selasa oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Berlainan pandangan dengan presiden bukan bermakna kita lawan presiden."

Perwakilan itu berkata, insiden berkenaan harus disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin PAS dan sekiranya benar, tindakan tegas perlu diambil.

"Saya mahu Lembaga Pemerkasaan parti melihat adakah berlakunya sabotaj semasa muktamar pemuda. Kalau benar, kita ambil tindakan.

"Ada kata nak pergi ambil wuduk, sembahyang. Ya Allah, alimnya. Ini jawapan politik.

"Bukan saya nak sokong Mohamad Sabu, tapi hormatlah beliau. Banyak jasa dia. Siapa kamu nak dibandingkan dengan Mat Sabu?" katanya merujuk kepada panggilan mesra Mohamad.

Zulkifli berkata, tanpa mengira kedudukan, kepimpinan PAS seharusnya dihormati. "Adakah sebab kesalahan sedikit jadi alasan untuk kita lakukan tindakan sedemikian?"Adab seperti ini hendaklah dibuang daripada adik-adik kita," katanya.

Sementara itu, perwakilan PAS Perak Noh Ahmad turut membangkitkan perkara sama dan menegur kepimpinan parti yang sering mendedahkan krisis dalaman kepada pihak luar.

"Masing-masing tidak dapat kawal disiplin, pantang disua mikrofon. kami di bawah ini menjadi masalah dan susah hati.

"Gajah sama gajah bergaduh, kami pelanduk di sini khuatir, bijak mana pun susah nak elak," katanya.

"Kami sayang gajah-gajah ini," katanya merujuk kepada krisis dalaman berkenaan pertelingkahan kumpulan penyokong Hadi dan kumpulan penyokong professional PAS yang bersama Pakatan Rakyat (PR).

"Kami menyokong penuh presiden dan ulama serta kesemua pimpinan PAS yang dipilih tahun lalu," tambahnya. ~tmi


Addin:

Sebagai sayap pemuda dan perwakilan walaupun tak dapat hadir kerana uzur syarie, Addin  setuju tindakan tegas diambil terhadap perwakilan pemuda yang keluar dewan ketika ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda oleh Timbalan Presiden, Mat Sabu. 

Kita boleh berbeza pandangan tetapi kena jaga adab. JK Displin PAS perlu ambil tindakan tegas dan memainkan peranannya.




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...