Sunday, 14 September 2014

Pembohongan Menteri Akhirnya Di Bongkar.. Saksikanlah


Ia mungkin kedengaran hebat purata pendapatan bulanan isi rumah bulanan rakyat Malaysia meningkat sebanyak 18% kepada RM5,900 pada 2014 berbanding dua tahun lalu, tetapi ahli ekonomi mengatakan purata tidak benar-benar membuktikan sama ada rakyat Malaysia lebih baik daripada sebelumnya.

Melihat lebih dekat angka ini, yang diumumkan Putrajaya pada 8 September, dan bagaimana ia dikira, mendedahkan ia boleh mengelirukan, kata ahli ekonomi kepada The Malaysian Insider.

Statistik ini tidak menggambarkan sama ada rakyat Malaysia memperoleh pendapatan lebih, kata mereka. Ia juga tidak menunjukkan berapa banyak barangan dan perkhidmatan yang boleh mereka beli.

Paling teruk, terlalu obsesi dengan purata statistik boleh menjadi topeng ketidaksamaan antara segmen dalam masyarakat dan jurang yang semakin besar antara golongan minoriti kaya dan majoriti miskin.

Tidak semua pendapatan diperoleh

Pendapatan isi rumah bermakna pendapatan yang dibawa oleh semua ahli isi rumah, kata ahli ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajuddin.

"Ia adalah ukuran pendapatan yang menggabungkan semua bentuk seperti gaji, upah, keuntungan daripada pelaburan, pemindahan wang tunai seperti BR1M dan pendapatan persaraan seperti pencen."

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengumumkan angka RM5,900, mengatakan ia termasuk pulangan pelaburan seperti unit amanah.

Beliau juga mengakui angka tidak menggambarkan dengan tepat pendapatan isi rumah di Malaysia dan boleh menjurus kepada mereka yang berpendapatan tinggi.

Menurut laman sesawang Jabatan Perangkaan, kaji selidik pendapatan isi rumah dilakukan sekali setiap empat tahun. Purata pendapatan isi rumah ialah jumlah pendapatan isi rumah di Malaysia dibahagikan dengan bilangan isi rumah.

Jumlah bilangan isi rumah pada 2014 berjumlah 7 juta, kata Wahid yang juga menteri menguruskan hal ehwal ekonomi.

Satu isi rumah secara purata terdiri daripada 4.3 ahli pada 2010 mengikut data daripada Persekutuan Majikan Malaysia.

Seorang pakar ekonomi yang memiliki blog Ekonomi Malaysia berhujah, terdapat juga elemen pendapatan perniagaan untuk dikira.

Pendapatan perniagaan ini termasuk segala-galanya, sama ada daripada gerai nasi lemak kepada perniagaan berjuta, rakan kongsi firma guaman dan perakaunan, kata ahli ekonomi yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham.

Dalam tulisan di blognya pada 11 September, beliau mempertikaikan kira-kira dua pertiga daripada jumlah tenaga kerja Malaysia mendapat gaji.

"Mereka yang lain sama ada menjalankan perniagaan berdaftar (kira-kira setengah juta orang atau lebih), atau dalam sektor tidak formal yang tidak dapat dikesan."

Kemudian ada sesuatu yang dinamakan “sewa imput”. Hisham mendakwa ini satu nilai yang dimasukkan ke dalam pengiraan pendapatan isi rumah di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Konsepnya adalah jika sumber pendapatan tinggal di rumah sendiri, dia mendapat "sewa imput".

Memandangkan semua individu dalam masyarakat memerlukan perlindungan dan membayar "perkhidmatan perumahan", pemilik rumah dianggap memiliki perkhidmatan itu. Oleh itu, dia memperoleh pendapatan yang dipanggil sewa imput walaupun tiada wang sebenarnya diperolehi.

Tetapi ia masih dikira dalam pengiraan pendapatan isi rumah kerajaan, kata Hisham, dan boleh menjadikan tambahan sehingga kira-kira 10% ke 15% daripada purata pendapatan kasar.

Pendapatan lebih tinggi tetapi bukan gaji lebih tinggi

Ini membawa kepada soalan kritikal: Jika purata pendapatan isi rumah termasuk semua elemen ini, berapa banyak terdiri daripada gaji kita?

Dan jika purata pendapatan isi rumah meningkat, adakah ini bermakna gaji kita juga akan naik?

Statistik MEF yang diperoleh daripada Kementerian Sumber Manusia menunjukkan gaji naik secara purata sebanyak 6% setiap tahun daripada 2009-2013.

Setiausaha MEF Datuk Shamsudin Bardan berkata, pada 2014 gaji dianggarkan berkembang pada kadar purata 33% bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM900 sebulan. Ini disebabkan dasar gaji minimum yang berkuatkuasa pada Januari tahun lepas.

Daripada 6.5 juta pekerja dalam sektor swasta formal, beliau berkata 75% adalah dalam kategori bukan eksekutif yang berpendapatan sehingga RM5,000 sebulan.

Pada 2012 dan 2013, gaji untuk bukan eksekutif meningkat 5.83% dan 6.78%.

Selebihnya diklasifikasikan sebagai pengurusan dan menjana pendapatan sehingga RM30,000 sebulan. Pada 2012 dan 2013, gaji mereka meningkat 6.29% dan 6.31%.

"Jadi, jika anda lihat kepada pertumbuhan purata pendapatan, ia lebih perlahan daripada purata pendapatan isi rumah," kata Azrul Azwar, yang bekerja untuk pejabat Menteri Besar Selangor.

Menurut data kerajaan, purata pendapatan isi rumah purata meningkat 18% dari 2012 (RM 5,000) hingga 2014 (RM5,900).

Hujah Azrul adalah: Katakan dari 2012-2013 (dua tahun), pertumbuhan purata pendapatan isi rumah adalah 9% setahun.

"Ini bermakna pertumbuhan pendapatan isi rumah setahun adalah 9%, lebih tinggi daripada pertumbuhan gaji iaitu 6%. Jadi, ada sejumlah besar pendapatan bukan upah yang mempengaruhi jumlah pendapatan isi rumah."

Ia boleh termasuk pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), katanya. Pada 2012 dan 2013, isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 menerima pemberian BR1M sekali sahaja sebanyak RM500.

Pendapatan isi rumah juga boleh termasuk keuntungan tinggi daripada stok dan saham isi rumah terkaya di Malaysia peroleh dan dikira dalam purata isi rumah negara, kata Azrul.

Hisham dalam Ekonomi Malaysia memberikan anggaran kasar sendiri berkenaan apa yang dikatakan gaji purata: "Keluarkan 10% -15% daripada pendapatan kasar untuk sewa imput, keluarkan 20% -25% lagi bagi modal dan pendapatan campuran, kemudian bahagikan dengan 1.8 (anggaran purata bilangan berpendapatan bagi setiap isi rumah).

"Bagi tahap purata pendapatan isi rumah RM5,900, ia untuk mereka yang bergaji purata antara RM2,350 dan RM2,100."

"Saya tidak fikir itu terlalu jauh daripada kebanyakan orang fikir berkenaan gaji rakyat Malaysia sebenarnya."

Menurut kaji selidik gaji Jabatan Perangkaan, purata gaji bulanan kira-kira 9 juta pekerja dalam kaji selidik di Malaysia pada 2012 dan 2013 adalah RM1,916 dan RM2,052.

Adakah ia mencukupi?

Mungkin aspek paling penting dalam perdebatan ini adalah mengenai pendapatan isi rumah ialah pendapatan bagi kuasa membeli, kata pensyarah kanan Universiti Malaya Dr Lee Hwok Aun.

"Ia lebih penting daripada tahap pendapatan. Kita sentiasa mendengar kisah-kisah individu dan keluarga bergelut untuk hidup, di saat laporan kenaikan pendapatan isi rumah ini."

Menurut Jabatan Perangkaan, kadar inflasi seperti yang diukur oleh indeks harga pengguna (IHP) adalah 3.3% sehingga Jun.

Ia kemungkinan perkhidmatan dan barangan yang diperlukan rakyat untuk membeli dan membayar kini berubah dengan cara yang tidak dimasukkan dalam IHP, kata Lee.

"Sebagai komponen terbesar, makanan menyumbang 30% daripada bajet, perumahan dan kemudahan awam 23%, dan pengangkutan 15%. Sementara pendidikan (1.4%) dan kesihatan (1.3%) adalah perkara kecil yang penting," kata Lee dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran.

"Bagi sesetengah keluarga, pendidikan dan kesihatan bukan perbelanjaan kecil dan kos pendidikan dan kesihatan mungkin meningkat lebih cepat.

"Kombinasi faktor ini boleh mengisi maklum balas berterusan yang kos sara hidup semakin meningkat, dan meluas pada kadar inflasi yang rendah."

Seperti yang ditunjukkan dalam perbezaan antara pertumbuhan gaji purata dan pertumbuhan pendapatan isi rumah, ia tidak mencerminkan kesusahan majoriti yang benar-benar dirasai rakyat, kata Azrul.

Oleh kerana pendapatan isi rumah adalah purata bagi semua isi rumah, kaya dan miskin, ia mungkin golongan berpendapatan tinggi yang membantu menaikkan purata supaya menampakkan golongan berpendapatan rendah berada pada tahap lebih baik, katanya. ~tmi




Iklan C (ii)





1 comment:

  1. Rahsia Teragung Lelaki Sejati Terbongkar !!
    ‘Royal King’ - This Is What Women Really Want !!
    KLIK HERE !!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...