Friday, 12 September 2014

Patutlah Wan Rosdi Di Pilih Sebagai Calon PAS PRK Pengkalan Kubor.. Ini Sebabnya


PAS mengumumkan Setiausaha Kawasan Tumpat Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Pengumuman itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan, yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada satu majlis di Kampung Geting, Pengkalan Kubor malam tadi.

Ahmad berkata pemilihan Wan Rosdi, 56, adalah kerana beliau mempunyai pengalaman dalam pentadbiran dan aktiviti kemasyarakatan menerusi parti, selain menyifatkan beliau seorang yang berwibawa.

Sementara itu, Wan Rosdi, ketika ditemui selepas pengumuman itu, berkata beliau tidak menjangka dan terkejut kerana dipilih sebagai calon berikutan terdapat ramai lagi tokoh PAS di kawasan itu yang mampu menjadi calon.

Wan Rosdi, seorang kontraktor binaan, berkelulusan dari Institut Kemahiran MARA, turut memegang jawatan sebagai Penyelia DUN Pengkalan Kubor dan Anggota Lembaga Pengarah Koperasi Kelantan Bhd

Beliau akan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar dari BN pada 20 Ogos lepas.

Pada PRU ke-13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Untuk PRK ini, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada Sabtu ini manakala pilihan raya kecil pada 25 September ini. ~mk





Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...