Saturday, 13 September 2014

Patutlah DAP Tak Hadir Penamaan Calon PRK Pengkalan Kubor.. Ini Punca Sebenar


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, isu dalaman Pakatan Rakyat dan kemelut yang berlaku di Selangor tidak akan menggugat kempen dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor.

Malah, ketiadaan pemimpin utama termasuk presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari penamaan calon pagi ini juga bukan bermakna parti itu kini bermasalah.

"Tak jadi isu. Tak jadi masalah. Presiden akan datang, petang ini. Kami pun sekarang sibuk dengan muktamar yang akan berlangsung di Johor," katanya ringkas.

Katanya, PAS juga tiada masalah dengan tindakan pemimpin DAP yang tidak muncul memberi sokongan kepada calon mereka hari ini.

Mohamad berkata, tidak ramai pengundi di kawasan tersebut terdiri daripada kaum Cina.

Bagaimanapun, katanya, wakil daripada DAP akan hadir semasa tempoh berkempen nanti.

"Dari PKR ramai yang datang. Di sini orang bukan Melayu tak ramai. Jadi mereka (DAP) tak datang. Mungkin akan datang pada kempen hari yang lain," katanya lagi.

Beliau ditemui pemberita mengiringi calon PAS,  Wan Rosdi Wan Ibrahim ke pusat penamaan calon DUN Pengkalan Kubor di pejabat tanah dan jajahan Tumpat.

Difahamkan, Hadi akan turut menyampaikan ceramah di markas PAS di Simpangan, Pengkalan Kubor pada malam ini bersama Mohamad dan juga ketua penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Anwar, Wan Azizah datang kemudian

Sementara itu, Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, ketidakhadiran ketua umum PKR dan presiden semasa penamaan calon sudah menjadi kebiasaan.

Katanya, pemimpin yang bertanggungjawab untuk hadir setiap kali penamaan calon ialah Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun, beliau dan Tian Chua hadir sebagai wakil PKR pada pagi ini.

Shamsul Iskandar juga memberitahu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan hadir semasa tempoh berkempen pilihan raya kecil itu.

"Biasanya timbalan yang akan hadir. Oleh sebab sekarang baru lepas pemilihan maka belum lagi ada penstrukturan untuk siapa yang akan jadi pengarah pilihan raya.

Sebab itu kami buat keputusan saya dan Tian Chua turun hari ini mewakili kepimpinan. (Masa) kempen nanti  kita akan bawa presiden dan Datuk Seri Anwar, paling tidak pun sehari," katanya. ~mk





Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...