Saturday, 27 September 2014

Patutlah Ahli Majlis Pulau Pinang Dipecat Selepas Ucapan Di Muktamar PAS.. Ikuti Penjelasan Rakannya


PETALING JAYA: Ucapan perwakilan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim (gambar) di Muktamar PAS minggu lepas tidak disenangi oleh Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Hariszuan Jaharudin.

Iszuree mendakwa dasar pembangunan Kerajaan Pulau Pinang sama seperti Umno, tidak menggambarkan situasi sebenar di negeri ini.

Mohd Hariszuan berkata ucapan Saudara Iszuree langsung tidak menyebut berkenaan cadangan projek pemindahan pangkalan TUDM Butterworth yang jika direalisasikan akan menyebabkan 19 perkampungan serta pekan di kawasan sekitar Tasek Gelugor dan Kepala Batas di SPU lenyap, sekaligus mengubah demografi penduduk secara agresif.

“ Apakah sikap dan solusi yang boleh ditawarkan oleh Saudara Izuree dalam isu ini?

“Mengapakah Saudara Iszuree tidak mengkhabarkan kepada dewan muktamar betapa banyak kes mahkamah antara pemaju dan penduduk yang cuba dibantu oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan menjadi pemudahcara?

“Sebaliknya, Saudara Iszuree menyebut mengenai projek pembangunan Batu Uban. Siapa disebalik projek pembangunan di Batu Uban? Apakah Saudara Iszuree mencadangkan agar Kerajaan Negeri melanggar perjanjian yang dibuat awal sebelum ini?

“Sebagai rakan Ahli Majlis dalam MPPP, saya sentiasa cuba memahami segala kerisauan Saudara Iszuree mengenai isu pemilikan rumah dan status kampung Melayu di negeri ini.,” katanya.

Mohd Hariszuan yang juga merupakan Ketua Pemuda DAPSY Bukit Bendera berkata, malah, beliau antara yang menyokong kuat cadangan Saudara Iszuree untuk mengadakan sesi taklimat khas oleh pakar kebudayaan dan warisan Melayu di peringkat kerajaan tempatan bagi membolehkan dasar yang lebih inklusif dapat dirangka bagi menjaga perkampungan warisan Melayu.

“Namun, belum pun sempat taklimat ini diadakan, Saudara Iszuree telah dengan semberono memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengamalkan dasar pembangunan ala BN.

“Saya tiada masalah jika Saudara Iszuree mahu mencari populariti dalam muktamar, namun jangan sesekali mengkhianati persahabatan antara parti dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dengan tidak berkata benar.

“Saya khuatir, jika kenyataan ini tidak diperbetulkan, akan wujud tanggapan bahawa sikap Saudara Izuree ini umpama musuh dalam selimut,” katanya. ~free malaysia today




Iklan C (ii)





1 comment:

  1. Batu Uban - 6 Jan 2013, YB Raventharan (Adun Batu Uban),En Iszuree Ibrahim (Pengerusi Lajnah Tanah Pas Negeri Pulau Pinang),En Saiful (AJK Lajnah Tanah Pas Pusat), Ustad Afnan Hamimi (Setiausaha Pemuda Pas Pulau Pinang) serta sejumlah 80 Penduduk Batu Uban mengadakan Demonstrasi Aman kerana kecewa dengan tindakan Pemaju Umno iaitu Era Kemas Sdn Bhd yang dikuasai oleh Naib Ketua Bahagian Umno Tasek Gelugur sanggup mengusir orang melayu yang kebanyakan ahli umno dan beberapa ahli PAS tanpa mengambil endah rundingan sedang ditangani oleh Kerajaan Negeri dibawah perhatian YB Dato Mansor Osman Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang sejak bulan Oktober 2012 dalam usaha mendapatkan tempat penempatan rumah transit kepada 20 penduduk yang dijanjikan sendiri oleh pemaju Era Kemas (rujuk surat dari Era Kemas).

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...