Wednesday, 17 September 2014

Najib Mungkin Menggelupur Selepas Baca Berita Ini


Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang dilihatnya sebagai peningkatan penindasan untuk bersuara secara aman di Malaysia. 

"Akta Hasutan Malaysia terlalu luas dan tidak menggariskan kriteria yang jelas untuk hasutan," kata jurucakap itu Rupert Collvile dalam satu kenyataan. 

"Kami menyeru kerajaan supaya segera memulakan kajian semula yang dijanjikan terhadap akta tersebut dan memansuh atau memindanya selaras dengan obligasi hak asasi manusia antarabangsa." 

Oleh itu, ia menggesa kerajaan menghentikan tindakan di bawah akta itu dan menggugurkan semua pertuduhan. 

Colville menegaskan bahawa antara 19 orang yang berdepan tindakan di bawah akta tersebut sejak bulan Ogos termasuk anggota masyarakat sivil dan pemimpin agama. 

Beliau berkata antara kes-kes yang membimbangkan termasuk  penangkapan wartawan Malaysiakini,Susan Loone atas dakwaan menghasut. Colville juga menimbulkan kebimbangan mengenai siasatan terhadap peguam Edmund Bon dan pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Azmi Sharom. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas berkata kerajaan sedang mengkaji sama ada untuk menggantikan atau meminda akta tersebut. Beliau sebelum ini berjanji untuk memansuhkan akta era penjajah itu pada 2012. 

Berikutan protes yang meningkat, Peguam Negara Tan Abdul Gani Patail berkata pejabatnya sedang mengkaji tuduhan hasutan terhadap Azmi dan kes-kes lain. ~mk




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...