Friday, 26 September 2014

Naib Ketua Pemuda PAS Dakwa PAS Tunggu Masa Keluar PR.. Ini Penjelasan Suhaizan


SHAH ALAM: Pemuda PAS menafikan dakwaan 'sedang menunggu masa' untuk meninggalkan perjuangan bersama dalam Pakatan Rakyat.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata kenyataan naib ketuanya, Mohd Khairil Nizam Khiruddin berhubung isu itu telah disalah tafsir.

"Pada saya niatnya bukan begitu. Mahu keluar dari Pakatan. Saya sudah rujuk (tanya) dengan beliau (Khairil). 

"Jadi, saya menafikannya yang PAS mahu keluar dari Pakatan," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Akhbar Sinar Harian sebelum ini melaporkan Khairil sebagai berkata PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat apabila tiba masanya.

Ini kerana PAS sudah lama bersabar dengan kedegilan PKR dan DAP, ujar Khairil.

Meskipun merasakan ia tidak mustahil untuk terjadi, namun Khairil merasakan tindakan itu tidak berlaku dalam masa terdekat.

“Sejauh mana kesabaran kita dan saya yakin dan percaya, apabila tiba masanya untuk kami keluar daripada PR, kami akan keluar," katanya Khairil.

“Sejarah membuktikan, biasanya yang keluar daripada PR ini bukan PAS tetapi rakan sekutu. Kami tetap setia dan apa tindakan PAS sekalipun, memang semuanya berlandaskan perjanjian dalam PR atau mana-mana pertubuhan dalam gabungan yang kami laksanakan,” katanya merujuk kepada tindakan DAP meninggalkan Barisan Alternatif (BA) satu ketika dahulu.

Hubungan antara PAS, PKR dan DAP sebelum ini tegang apabila masing-masing tidak mencapai kata sepakat berhubung berkemelut pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru.

Pelantikan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai pengganti Khalid dianggap menyelesaikan krisis antara tiga parti itu.

Sebelum ini ketiga-tiga parti berkenaan saling bertelagah apabila PKR dan DAP bertegas hanya menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid, namun sebaliknya bagi PAS.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata, Dr Wan Azizah tidak layak untuk memimpin negeri Selangor kerana tidak pandai berhujah di DUN sebagai ADUN Kajang. ~antarapos




Iklan C (ii)





1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...