Friday, 12 September 2014

Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Kerana Kertas UPSR Bocor?


Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak digantung tugas berkuatkuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 selesai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.    

Turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh.    Muhyiddin yang juga menteri pendidikan berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Misrah Ibrahim akan menjalankan tugas dan tanggungjawab pengarah Lembaga Peperiksaan dalam tempoh itu.  

"Kementerian mesti ambil tindakan segera dan tegas kerana insiden seperti ini sudah pasti akan membangkitkan persoalan mengenai integriti Lembaga Peperiksaan dan keseluruhan sistem peperiksaan awam negara kita," tegasnya.

Muhyiddin bercakap dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean Kelapan di Vientiane hari ini.    

Timbalan perdana menteri berkata keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu.    

Susulan itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan.    Peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu akan diadakan pada tarikh baru 30 September.

Muhyiddin berkata siasatan rapi dan menyeluruh berhubung kebocoran kandungan kertas peperiksaan itu telah dimulakan dan sesiapa yang bertanggungjawab pasti dibawa ke muka pengadilan. ~mk


Addin:

Sepatutnya Muhyiddin dan timbalannya letak jawatan kerana bertanggungjawab diatas kebocoran kertas UPSR.

Jikalau diluar negara menteri berkaitan sudah letak jawatan. Bukannya mengarahkan pengarah lembaga peperiksaan dan timbalannya digantung tugas. Diharapkan mereka ini tidak dikambing hitamkan.




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...