Monday, 15 September 2014

MB Kelantan Umum Cuti Pada 25 September Sempena PRK Pengkalan Kubor


TUMPAT - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob mengumumkan cuti peristiwa pada 25 September ini sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memudahkan penduduk kawasan itu menunaikan tanggungjawab kerana hari mengundi pada hari Khamis merupakan hari bekerja di negeri itu.

"Pembuangan undi pada hari bekerja sememangnya menyulitkan pergerakan pengundi, melihat kepada kesukaran yang bakal dilalui, kerajaan negeri telah memperhalusi dan mempertimbangkan permasalahan tersebut dan mengisytiharkan cuti pada hari tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. ~bernama





Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...