Saturday, 20 September 2014

Mat Sabu Beri Tips Untuk Belasah Beliau Pada Muktamar Tahun Depan


Timbalan Presiden PAS Mat Sabu hari ini menyindir perwakilan Wilayah Persekutuan Azhari Ariffin yang membacakan doa dalam ucapan untuk mengecam beliau dan dua ADUN Selangor semalam.

Mat Sabu menyifatkan tindakan berdoa itu sebagai satu "taktik baru" yang tidak pernah digunakan sebelum ini.

"Walaupun ada perkara baru yang dipersembahkan. Baru kali pertama saya tengok ucapan dalam bentuk doa.

"Dulu kita guna doa, bila nak ceramah tak boleh, FRU suruh bersurai, akhirnya kita berdoa," katanya.

Perwakilan itu pula menggunakan taktik tersebut untuk menghadapi larangan pengerusi tetap, kata Mat Sabu dalam ucapan penggulungannnya di Muktamar PAS Ke-60, petang ini.

"Tambah lagi sewaktu Ustaz Abu Bakar Cik berdoa, panjang. Macam tu juga dengan Ustaz Fadzil Nor.

"Macam semalam, kalau berdoa panjang, Pengerusi tetap nak suruh berhenti, doa.

"Ooo... rupanya ini taktik baru. Lepas ini kita baca talkin pula. Lepas ini kita baca talkin dalam bahasa Melayu (sewaktu berbahas)," katanya sinis sambil diiringi gelak ketawa perwakilan. ~malaysiakini




Iklan C (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...