Saturday, 6 September 2014

Mamat Ni Buat Onar?


Bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mendakwa hanya orang Melayu yang ikhlas berjuang mendapatkan kemerdekaan demi membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah.

Ia berbeza dengan sikap orang orang bukan Melayu yang hanya terlibat menuntut kemerdekaan apabila menyedari kepentingan mereka perlu dijaga apabila negara merdeka, katanya.

"Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan apabila melihat ia bakal menjadi kenyataan, demi menjaga kepentingan mereka.

"Perhatikan bahawa tujuan orang Melayu menuntut kemerdekaan dan tujuan orang bukan Melayu menyertai gerakan itu berbeza.

"Orang Melayu menuntut kemerdekaan untuk membebaskan tanah airnya.

"Orang bukan Melayu menyertai gerakan kemerdekaan untuk menjaga kepentingan mereka, selepas merdeka," katanya dalam syarahan sempena Seminar Kebangsaan Islam dan Tajdid 2014, di Unisel Shah Alam.

Beliau memberi contoh parti India terbesar di Malaysia, MIC, yang pada asalnya ditubuhkan untuk menuntut kemerdekaan negara India dari British, katanya.

"MIC pada asalnya ditubuh untuk menghantar sukarelawan ke India bagi menuntut kmeerdekaan India dari British.

"Ramai orang tak tahu tapi ini fakta," katanya.

Melayu diperalat 'minoriti'

Menurutnya lagi, orang Melayu kemudiannya bermurah hati berkongsi kuasa dengan orang bukan Melayu walaupun Tanah Melayu sepatutnya menjadi kepunyaan mereka sepenuhnya.

"Logiknya Semenanjung Tanah Melayu yang dijajah British daripada orang Melayu dipulangkan balik kepada orang Melayu.

"Tetapi tidak, orang Melayu diminta berkongsi kuasa yang akan diserahkan balik oleh penjajah British.

"Pada masa itu pun orang Melayu diminta mengorbankan hak mereka untuk menjaga perpaduan.

"Orang Melayu bersetuju," katanya lagi.

Pada masa sama tegasnya, orang Cina sejak dahulu lagi majoritinya menyokong pembangkang kerana sentiasa "mahu lebih" daripada negara ini.

"Kerajaan Persekutuan kuat sebab ia menerima sokongan orang Melayu dan bukan Melayu yang mencukupi, walaupun lebih banyak orang Cina sentiasa menyebelahi pembangkang.

"Mereka mahu lebih. Itu sahaja sebabnya," katanya.

Namun, orang Melayu kini berpecah-pecah sehingga mereka mudah diperalatkan "golongan minoriti" tanpa disedari mereka, dakwanya lagi.

"Kumpulan minoriti memperalatkan pengundi Melayu untuk kepentingan mereka dan orang Melayu tidak sedar," katanya tanpa menamakan golongan minoriti yang dimaksudkan itu.

Beliau berkata demikian dalam syarahannya yang bertajuk "Hubungan Harmoni antara Kaum Melalui Rang Undang-undang Harmoni". ~mk



Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...