Thursday, 11 September 2014

Mahathir Dedah Tembelang Umno BN.. Amat Memalukan


PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas kenyataan sahabatnya, Salleh Said Keruak yang menyatakan bahawa 1MDB adalah bantuan yang diperuntukkan dalam bidang pelajaran.

Menurutnya, beliau langsung tidak mengetahui bahawa kegunaan wang 1MDB adalah untuk pelajaran.

“Tetapi ada iklan yang menyebut sudah lebih satu juta rakyat dapat bantuan pelajaran dari 1MDB. Bahagi 1 juta dengan 4 tahun ini bermakna 250,000 orang rakyat setahun. Jika benar, alhamdulillah.

“Yang saya tahu 1MDB digunakan untuk membeli tiga buah stesen janakuasa dari YTL, Ananda Krishnan dan pemilik Jimah Power Plant di Negeri Sembilan. Harga pembelian lebih tinggi daripada harga pasaran. Kos tidak kurang dari RM4 billion,” katanya dalam satu kenyataan di dalam blog miliknya www.chedet.cc.

Jelasnya lagi, baru-baru ini 1MDB menyatakan akan memiliki sebahagian besar daripada saham stesen janakuasa yang akan dibina oleh Tenaga Nasional dengan pihak lain. YTL telah menarik diri. Projek janakuasa ini telah mengundang banyak reaksi negatif berikutan tiada tawaran terbuka yang dilakukan oleh pihak berkaitan.

Bukan itu sahaja, pembangunan projek Tun Razak Financial Exchange di Jalan Tun Razak juga akan di laksanakan dengan dana 1MDB.

“Selain itu, berbillion dolar wang dana juga diurus melalui bank di sebuah Kepulauan Caribbean. Sahabat saya tentu tahu bahawa dana 1MDB ini ‘berlagak’ sebagai Sovereign Wealth Fund iaitu dana kekayaan negara.

“Banyak negara pengeluar minyak mewujudkan sovereign wealth fund daripada lebihan yang didapati setelah menjual beratus juta tong minyak setahun. Kuwait dan Qatar membeli banyak hotel terkemuka dengan wang yang ada pada mereka,” katanya.

Jelas Mahathir lagi, Malaysia hanya mengeluarkan 650,000 tong sehari dan tidak ada lebihan wang daripada penjualan minyak oleh Petronas. Sebahagian besar keuntungan diserah kepada kerajaansementara yang lainnya dilabur. Wang yang diserah ini tidak begitu besar.

“Sebenarnya perbelanjaan kerajaan lebih daripada pendapatan termasuk sumbangan daripada Petronas. Oleh itu bajet kita menghadapi defisit, bukan lebihan.

“Duit untuk 1MDB bukan daripada lebihan kewangan negara, ia hutang. Berbillion ringgit dihutang yang menjadi penyebab hutang negara menjadi amat tinggi. Hutang oleh negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina. Sebuah negara yang mengalami defisit setiap tahun tidak mungkin dapat membayar hutang sebesar ini.

“Biasanya dalam kerajaan ,kita mengadakan belanjawan iaitu catitan wang yang akan diterima oleh kerajaan bagi sesuatu tahun serta wang yang akan dibelanjakan oleh kerajaan pada tahun berkenaan. Pengurusan kewangan negara perlu ikuti aturan peraturan. Diantaranya ialah kelulusan had siling hutang oleh Dewan Rakyat,” katanya.

Selain itu, Mahathir turut menyatakan bahawa memang beliau tidak begitu memerhatikan dengan betul tetapi beliau tidak tahu akan peruntukan dalam bajet untuk membeli stesen janakuasa atau pembangunan beberapa projek.

“Untuk pelajaran kita tidak perlu berhutang. Sejak dahulu lagi kita peruntukkan hampir 25% dari bajet untuk pelajaran. Kita tidak pernah hutang untuk maksud ini.

“Ada juga cerita-cerita yang merunsingkan berkenaan pembiayaan oleh 1MDB. Saya harap sahabat saya SSK dapat beri butiran lanjut dan dokumen tentang penggunaan 1MDB untuk semua tujuan, termasuk pelajaran,” ujarnya. ~tmi




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...