Wednesday, 10 September 2014

Macai-Macai Sudah Tentu Gembira Dengan Berita Ini..


Dua anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang dan seorang aktivis mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan di Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang hari ini atas tuduhan bergaduh di tempat awam pada 17 Ogos lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Kesiksaan.

Ahli PPS Lee Yew Kuen, 66, dan Lee Chan Kwong, 35, serta ahli perniagaan dan aktivis sosial Ong Eu Soon, 51, dituduh melakukan kesalahan itu pada majlis makan malam sempena Perayaan Hungry Ghost berhampiran sebuah pasar di Bandar Baru Air Itam pada jam 10.45 malam.

Kedua-dua Lee yang tiada kaitan kekeluargaan itu diwakili peguam RSN Rayer sementara Ong tidak diwakili peguam.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani mohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM2,500 seorang bagi setiap tertuduh. ~tmi




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...