Tuesday, 23 September 2014

Lim Guan Eng Label Exco PAS Pengkhianat.. Ini Penjelasan Exco PAS

exco pas

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor PAS Sallehen Mukhyi membidas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menyifatkan empat daripada mereka “pengkhianat” kerana tidak menyokong rakan exco DAP dan PKR lain yang dipecat bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Lim mungkin tak faham Undang-Undang Tubuh Negeri," kata exco agama itu kepada pemberita selepas menghadiri upacara majlis angkat sumpah menteri besar Selangor baharu Mohamed Azmin Ali.

Lim semalam mengisytiharkan DAP menyokong penuh pelantikan Azmin dan menghormati pendirian Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menarik diri daripada pencalonan.

Lim bagaimanapun menganggap empat exco PAS itu sebagai pengkhianat kerana gagal menunjukkan kesetiaan bersama enam exco yang dipecat secara tidak adil oleh Khalid.

Empat exco terbabit adalah Iskandar Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang), Dr Halimah Ali (Selat Klang) serta Sallehen (Sabak). ~malaysian insider




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...