Monday, 8 September 2014

Lagi Berita Pening Dari Pejabat Agung PAS


Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini membuat keputusan presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara melibatkan kepentingan parti, lapor Harakahdaily.

Dalam satu kenyataan hari ini, mereka berkata ia merujuk kepada Fasal 26 (1) (a) Perlembagaan PAS yang menyatakan presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.

Majlis Syura Ulama juga memutuskan adalah menjadi kewajipan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m) itu.

Berikutan arahan ini, badan tertinggi dalam PAS itu menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS, agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh merugikan perjuangan Islam, kata kenyataan itu.

Kenyataan majlis syura ini dibuat ketika pucuk pimpinan PAS bercanggah pendapat dalam isu perlantikan menteri besar Selangor selepas PKR memutuskan untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan presiden mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam sidang media hari ini, kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dilihat bercanggah antara satu sama lain.

Ketika Mustafa berkata, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk tidak menuntut kerusi MB Selangor dan menyerahkan kepada Sultan untuk memilih menteri besar, Mohamad pula berkata, jika sultan memutuskan PAS, "kita kena tolak".

Pada 3 September lepas, Hadi menghantar surat kepada Istana Selangor mencalonkan tiga nama untuk dipertimbangkan oleh baginda bagi dilantik sebagai menteri besar Selangor.

Dua darinya adalah Adun PKR manakala seorang lagi Adun PAS.

Setiausaha Agung PAS berkata, keputusan menamakan ketiga-tiga mereka dibuat oleh Majlis Syura Ulama dalam mesyuarat mereka di Kota Baru.

Ekoran itu, Mohamad Sabu membuat kenyataan pihaknya tidak tahu menanhu dengan keputusan itu dan masih berpegang dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos lalu yang memilih Dr Wan Azizah dan Mohamed Azmin Ali.

Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari juga membuat kenyataan sedih dengan keputusan itu.

Ekoran kenyataan-kenyataan ini, pelbagai tafsiran dibuat terhadap apa yang berlaku dalam PAS sekarang.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, PAS sekarang sedang menghadapi pergolakan dalaman. ~tmi



Iklan C (ii)





2 comments:

  1. Kalu lagu tu tak payah ada MSU dan Jawatankuasa Pas Pusatlah. Biar Presideng saja yg wat keputusang.

    ReplyDelete
  2. pas tidak sama dgn umno,pkr,dap,mca,mic atau apa juga parti politik. selama hampir 60 thn kewujudannya bermula hizbul muslimin ,ia mengalami pasang surut ada masa ia menang.byk yg kalah dlm pilihanraya. namun ia terus bergerak dan ramai yg mnyertainya dgn pelbagai niat. pas istimewa dan kekal hingga kini kerana ia memiliki ahli yg wala kpd pimpinan dan msu.ramai profesional pas berakhlak tawadhuk membantu pimpinan. hari ini ada ahli yg menyangka pas parti politik biasa, lalu dipersoalkan kuasa presiden dan msu.harap muktamar di batu pahat nanti pencerahan siapa yg enggan patuh kpd pimpinan dan msu,sila masuk pkr,pasma atau tubuhparti baru krn itu baru betul parti politik .sdgkan bagi pas, mrk ada pelbagai cara.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...