Wednesday, 24 September 2014

Komen Azwan Ali Berkenaan Perlantikan Abangnya Sebagai MB Selangor


PETALING JAYA: Tuah dan aura yang dimiliki oleh Mohamed Azmin Ali menjadi salah satu faktor yang membuatkan ramai menyukainya sebagai Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu.

Pendapat ini disuarakan oleh adiknya Azwan Ali yang juga merupakan salah satu pengacara ranggi.

Azwan Ali percaya abangnya yang juga merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhak dan layak menjadi MB Selangor.

“Ini rezeki dan tuahnya dapat menjadi MB. Saya juga sebelum ini telah banyak mendengar ura-ura mengenai pencalonan Azmin untuk menjadi MB, sejak 2011 lagi

“Ia bukan sesuatu perkara yang baru dan ini merupakan salah satu faktor kelebihan Azmin Ali. Beliau merupakan seorang pemimpin yang baik dan akan membawa Selangor ke arah yang lebih tinggi,” lapor media.

Namun Azwan juga tidak mahu membandingkan abangnya itu dengan bekas Menteri Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Azmin mempunyai gaya tersendiri dan ini dapat dilihat sewaktu pencalonan namanya. Saya juga melihat beliau tidak cepat melatah dan pandai mengatur strategi yang baik,” ujarnya. ~free malaysia today




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...