Wednesday, 24 September 2014

Khalid Samad Harap Adun PAS Jangan Terima Jawatan Exco

khalid samad

PENGKALAN KUBOR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berharap dua ADUN PAS Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin tidak akan menerima jawatan Exco kerajaan Selangor sekiranya ditawarkan jawatan tersebut oleh Menteri Besar (MB), Mohamad Azmin Ali.

Beliau berkata sekiranya mereka menerima jawatan tersebut maka ia akan mengundang pandangan negatif dari masyarakat.

Jelas Khalid Samad, beliau tidak mahu timbul salah faham kerana mereka dilantik bukan atas dasar berkelayakkan untuk menjadi Exco tetapi atas sebab mereka menyokong perlantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor yang baru.

“Hal ini akan meyebabkan berlakunya masalah kepada parti sekiranya mereka menerima jawatan tersebut,” katanya.

Beliau yakin bahawa kedua-dua ADUN tersebut tidak akan menerima sebarang jawatan Exco daripada MB Selangor yang baru di bawah pentadbiran Azmin Ali.

“Saya yakin mereka berdua faham dengan situasi yang berlaku di Selangor,” kata Khalid semasa ditemui media di Markas Besar PAS.

Ujarnya lagi, tindakan dua ADUN tersebut yang sebelum ini menyatakan sokongan penuh terhadap Wan Azizah sebagai MB yang baharu sebagai langkah untuk menafikan sokongan majoriti ahli DUN terhadap bekas MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid.

Dalam pada itu beliau menasihatkan dua ADUN tersebut supaya kembali meyakinkan ahli PAS dan menjelaskan bahawa mereka tidak akan meninggalkan parti dan mendapatkan nasihat daripada pucuk pimpinan parti sekiranya timbul masalah.

“Mereka perlu terus bersama PAS dan meyakinkan PAS bahawa mereka tidak pernah keluar atau melompat parti.

“Pada masa yang sama, saya cukup yakin bahawa mereka tidak akan menerima tawaran yang akan diberi, kerana mereka cukup pintar untuk berfikir,’ ujar khalid. ~free malaysia today




Iklan C (ii)





1 comment:

  1. seeloknya mereka dilantik kerana menyokong pr. kesetiaan kepada pakatan yang telah dimeterai oleh pas sendiri. buat apa nak lantik adun yg jadi pengkhianat atau yang akan mengkhianat!

    jgn lupa buang semua pengaruh khaldi dan ug dari pentadbiran. perbuatan kalhdi memecat DSAI sbg penasihat ekonomi pada saat akhir menunjukkan sikap dendam.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...