Thursday, 18 September 2014

Keputusan Muktamar Ini Bakal Menjahanamkan PAS?


Sayap konservatif Ulama PAS hari ini menuntut tindakan terhadap pihak yang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kuasa Majlis Syura, semasa krisis menteri besar Selangor yang semakin memuncak.

Dewan Ulama juga mahu PAS ‎mendapatkan jaminan daripada sekutu Pakatan Rakyat (PR) agar membolehkan parti itu melaksanakan agenda Islam seperti Undang-undang Syariah Kanun Keseksaan, hudud.

Semua tuntutan itu adalah antara dua usul yang diterima pada muktamar Pemuda PAS ini.

Usul mengenai disiplin juga dibangkitkan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor yang mengingkari keputusan parti dalam isu menteri besar Selangor.

Dua Adun berkenaan, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), mengatasi keputusan Jawatankuasa Pusat parti bulan lalu berhubung pendirian PAS mengenai status Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Saari dan Hasnul menyertai 28 Adun Selangor lain bagi menyokongan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri daripada Khalid.

Sebagai perbandingan, Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos memutuskan untuk mencalonkan Dr Wan Azizah danTimbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calon untuk menggantikan Khalid.

Bagaimanapun, tidak mengikut keputusan parti, Hadi menghantar tiga nama lain kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar.

Keputusan Hadi kemudiannya dikritik para pemimpin PAS yang lain kerana mengabaikan Jawatankuasa Pusat apatah beliau sendiri adalah sebahagian daripadanya.

Dalam usul berkenaan disiplin hari ini yang dibentangkan perwakilan dari lima negeri, Dewan Ulama mahu tindakan terhadap pemimpin dan ahli yang mengkritik atau mempersoalkan keputusan unilateral Hadi.

Sayap Ulama juga meluluskan usul yang berasingan menuntut PAS tidak membenarkan sekutu PR menghalang dasar dan inisiatif parti.

"Kami mendengar rakan-rakan menghalang kita daripada melaksanakan hudud dan qisas," kata perwakilan Perak Suhaimi Wakir.

"Tetapi ini adalah teras dan keutamaan kami. Kami tidak pernah menghalang sesiapa memberi keutamaan kepada teras mereka, justeru kita juga tidak mahu rakan-rakan menghalang kami," kata Suhaimi. ~tmi



Addin:

Presiden dan majlis syura bukannya maksum tidak boleh dikritik, sedangkan Rasulullah SAW pun menerima pandangan para sahabat. Ada komen yang hentam saya semula. Saya menyatakan pandangan peribadi saya atas kontek artikel di atas. Saya tetap berpegang, pemimpin perlu dikritik dan menerima kritikan yang membina demi kebaikan parti.. Saya lebih sayangkan parti dan jemaah daripada individu tertentu dalam parti.. wallahualam..




Iklan C (ii)





3 comments:

  1. Apakah Presiden tak pernah dikritik . Adakah dia melompa-lompat setelah dikritik. Bengong apa admin tulis ni. Tindakan kepada pengkritik korang hajor dan bocor rahsialah parti itulah yang patut diambil. Apabila rahsia parti outcome keputusan mesyuarat akan jadi kelam kabut.
    Dalam Islam diajar fikh keutamaan. Kalau kritik presiden menjurus kepada peringkat organisasi boleh jadi lumpuh tak terkawal boleh terima ke.

    ReplyDelete
  2. kah!kkah!Kah! tak puas hati nampak dgn keputusan majoriti PAS, kalau tak puas hati addin oooi! sila berambujs dari PAS masuk lah PKR jgn lupa bawak mat sabu, Husam musa, Khalis Samad, Hatta Ramli. Lepas ni Addin boleh kutuk PAS habis2an, pasal dah keluar dari jamaah, buat lah sesuka hati addin

    ReplyDelete
  3. Presiden PAS tak perlukan kritikan dari sahabat yg diketahui berimamkan abdullah ubai atau Bani qainuqa mcm addin , Keluar lah addin dari jamaah , dah jamaah kata cam tu lebih baik addin jgn bertekak lagi jadilah blogger utk PKR/DAP , Selamat tinggal addin kita dah x sependapat lagi dlm jemaah , tapi masih lagi saudara seislam, pulanglah kepangkal jalan sebelum terlewat.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...