Sunday, 7 September 2014

Kenyataan Ketua Pemuda PAS Melaka Berkenaan Kemelut Isu MB Selangor


Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka ingin meminta penjelasan secara terbuka dan segera oleh PAS Pusat berdasarkan beberapa kenyataan oleh Setiausaha agong PAS dan timbalan presiden yang di lihat seperti ada percanggahan antara satu sama lain.

Kemelut ini sudah sampai masanya untuk di terangkan ke peringkat akar umbi yang sekarang menganggap seolah-olah PAS pusat mempunyai masalah yang besar kerana banyak kenyataan-kenyataan dari presiden hingga ajk PAS pusat yang berlawanan antara satu sama lain.

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka merasakan ahli bawahan berhak mengetahui beberapa perkara:

1) Majlis Syuro membuat keputusan politik dalam isu kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim   

    sebagai Menteri Besar yang sepatutnya di lakukan oleh Jawatan Kuasa Kerja PAS 
    Pusat(JKPP) pada 6.8.2014.


2) Keputusan JKPP pada tarikh 17.8.2014 dan 25.8.2014 yang sudah muktamad dalam 

    meletakan nama Menteri Besar Selangor, tiba-tiba pada 5.9.2014 keputusan sudah 
    berubah dan ramai di kalangan Dewan Harian PAS Pusat sendiri tidak tahu dengan 

    keputusan yang baru ini.

Kami menganggap perkara ini masalah yang besar dalam sistem organisasi PAS di mana keputusan - keputusan tidak di endorsed melalui JKPP dalam menyelesaikan isu politik yang menyebabkan konflik menjadi lebih besar. Di harap pemimpin-pemimpin tertinggi mengikut perlembagaan parti dalam menguruskan setiap keputusan besar.



Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 
Jauhar bin Muhammad Dawi




Iklan C (ii)





2 comments:

  1. Sebagai Ketua Pemuda Pas negeri, adakah awak anggap nama calon MB Selangor perkara Terpenting bagi Pas hinggakan Presiden mesti panggil semua JK Pas Pusat untuk membuat keputusan? Janganlah sibuk dengan perlembagaan saja. Sedangkan Perlembagaan Malaysia pun boleh dibuat pindaan2 dan akta itu ini untuk mencairkannya. Bukankah TGHH sudah terangkan precedent dalam lantikan2 MB dulu. Itu dinamakan konvensyen yang boleh digunapakai sebagai landasan untuk membuat sesuatu keputusan. Lagi pun isu MB Selangor, isu PKR bukan Pas. Awak sebagai Ketua Pemuda Pas negeri sepatutnya tumpukan kepada membantu persiapan Mukhtamar Agung Pas tak lama lagi, biarkan Presiden mendepani kerenah PKR ini. Lainlah kalau katakan DAP nak jadi Ketua Menteri Melaka, masa tu bolehlah kamu bersilat pencak. Ini macam nak raih populariti murahan, konon hebat. Tapi tak kena tempat dan memalukan parti sendiri. Cukuplah PKR dan DAP menghentam Pas dan Hj Hadi, kamu yang kononnya sayangkan Pas ikut rentak mereka. Nak join PKR ke?

    ReplyDelete
  2. apa ada hal , KP blurr ni, baik ekau resign n join PASMA, depa ni memang golongan blur dengan anuo n guane

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...