Wednesday, 10 September 2014

Jika Pemimpin Pakatan Rakyat Baca Artikel Ini Mungkin Tidak Jadi Bertelagah


PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata rakyat akan bertambah bosan dan muak dengan PR sekiranya masih ada lagi pihak yang ingin terus memanjangkan krisis Menteri Besar (MB) Selangor.

Menurut Suhaizan, PKR dan DAP buat masa sekarang seharusnya akur sahaja dengan arahan pihak Istana dan menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada Sultan untuk melantik MB baharu Selangor.

Jelasnya lagi, sudah tiba masanya semua ahli PR berdamai serta memulihkan kembali permuafakatan yang sedia ada di dalam PR.

Suhaizan juga menambah, semua parti dalam PR seharusnya balik ke meja rundingan dan menyusun kembali strategi untuk mengatasi masalah politik yang sedang memuncak ini agar kestabilan politik di Selangor dapat dipulihkan.

Masalah ini perlu diatasi segera supaya pihak lawan khasnya Umno tidak mengambil peluang untuk menjatuhkan PR dengan kemelut yang berlaku saat ini, ujar Suhaizan.

“Saya mengharapkan adanya cahaya dihujung terowong gelap ini,” katanya.

Krisis di Selangor memuncak apabila pemimpin PKR dan DAP mengkritik Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang tidak sependapat dengan keputusan yang di buat PR dalam isu pencalonan MB Selangor. ~fmt




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...