Saturday, 27 September 2014

Isu Exco Selangor Sudah Selesai.. Video Sebagai Bukti


Menteri besar Selangor Mohamed Azmin Ali menolak rasa tidak puas hati PAS Selangor yang dikurangkan jumlah Exco Selangor, menegaskan keputusan dicapai bersama pimpinan atasan Pakatan Rakyat.

Azmin menghormati pandangan kepimpinan parti Islam di negeri Selangor tersebut, bagaimanapun menegaskan keputusan pemilihan ahli exco sudah selesai.

"Saya sudah dapatkan nasihat dengan kepimpinan atasan Pakatan dan hanya mengikut keputusan bersama yang dicapai," kata beliau di Subang Jaya hari ini.

"Saya faham perasaan sesetengah orang tetapi keputusan sudah dibuat dan Sultan Selangor sudah memperkenan pelantikan."

Semalam, setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata kepimpinan pusat parti tidak pernah bersetuju kepada cadangan tiga exco, sebaliknya mengekalkan kedudukan sama seperti sebelum ini semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khairuddin juga berkata PAS Selangor berpandangan Azmin tidak mempunyai asas untuk menyingkirkan Dr Halimah Ali dan Sallehen Muhkyi daripada pentadbirannya. Kedua-dua mereka berkhidmat dibawah Khalid. ~malaysian insider








Iklan C (ii)





>


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...