Sunday, 28 September 2014

Ini Signal Masyarakat Cina Tolak PAS Pada PRU14

DAP

Digelar pengkhianat oleh PAS, dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin mendapat sambutan sebagai seorang wira daripada penyokong Cina dalam majlis makan malam DAP malam tadi.

Duduk bersebelahan pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, hadirin bangun memberi tepukan gemuruh dan beberapa pemimpin DAP menggelar mereka sebagai “penyelamat Pakatan Rakyat”.

“Kamu bukan pengkhianat, kamu wira rakyat,” kata bekas exco Selangor Ronnie Liu di majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 700 orang di Petaling Jaya malam tadi.

Sementara itu, ADUN Bukit Gasing R Rajiv berkata, mereka berdua harus menandatangani akuan berkanun (SD) bersama wakil PKR dan DAP bagi menghancurkan harapan kerjasama PAS Umno

“Jika tidak kerana mereka, kita sudah tentu akan lihat kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno,” katanya. ~malaysiakini




Iklan C (ii)







3 comments:

  1. Kisahnya...
    JIKA, dua puak arab bergaduh (sesama islam), tiba2 salah seorang dibela dan dijulang serta diangkat sebagai wira oleh orang2 yahudi dikalangan mereka.... apa agaknya kita nak kata kpd golongan yang mendapat pengiktirafan yahudi tu??... pejuang islam tulen, pembela agama? atau penunjuk jalan yang lurus?
    boleh berfikir kan??.... fikirlah!

    ReplyDelete
  2. Bila islam sekadar dilidah, bila islam hanya pada pakaian, maka beginilah jadinya.... musuh dianggap saudara, kafir dijadikan kawan dan dipercayai, saudara seislam dimaki dan disisihkan.... amaran Allah tak selalunya di perhati dan direnungi... apa nak jadi dengan kamu wahai blogger dan penyokong PR????

    ReplyDelete
  3. Pemimpin2 Pas yang teguh dengan perjuangan Islam wajib memikirkan apa baik dan buruk / untung dan ruginya berada dalam Pakatan Rakyat yang tidak lagi bersifat muafakat dan samarata tetapi lebih kepada mendesak dan mencemuh Pas dan Kepimpinan ulamak. Takkan selamanya Pas mahu diperlakukan sebagai "punching bag" dan "tadahan ludah" PKR dan DAP.Jika perlu kita kehilangan beberapa orang pemimpin yang sebenarnya tidak mempunyai jiwa islam tetapi lebih memikirkan haloba pangkat, itu adalah lebih baik dari Pas dirosakkan dari dalam dan luar. Selama puluhan tahun Pas boleh bertahan dan berdiri tegap melalui jadidiri Islam dan pertolongan Allah. Kenapa sekarang Pas seperti tidak percayakan kepada kekuatan sendiri dan lebih percayakan kepada momokan PKR dan DAP kononnya tanpa sokongan bukan-islam kita akan kalah?? Berapa kerusikah Pas menang Pru13 dulu di kawasan2 yang ramai bukan-islam? Bertindaklah segera supaya tidak terlambat. Tunjukkan taring kita supaya parti2 yang selama ini dianggap kawan merasa gerun dan tidak berani membuat onar.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...