Wednesday, 24 September 2014

Ini Mesej Ummi Hafilda Buat Azmin Ali


SHAH ALAM – “Jalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab kerana ALLAH dan rakyat."Itu mesej ringkas ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali kepada abangnya, Mohamed Azmin Ali yang baru dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

“Alhamdulillah, itu rezeki dia (Mohamed Azmin). Saya percaya pada qada dan qadar.

“Sebagai adik, saya bangga apabila abang dilantik menjadi menteri besar. Dia berhak mendapat hadiah itu selepas berjuang hampir 20 tahun dalam dunia politik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Ummi Hafilda, apa yang dicapai Mohamed Azmin juga adalah berkat amalan ibu dan arwah bapa mereka serta seluruh keluarga yang tidak pernah putus-putus mendoakan yang terbaik untuk Timbalan Presiden PKR itu.

Menurut Ummi, tugas Mohamed Azmin kini bukan sahaja kepada rakyat, tetapi cabaran buatnya adalah untuk membersihkan segala kontroversi yang melanda PKR.

“Dia ada kredibiliti sebagai pemimpin dalam membuat sebarang keputusan. Cuma saya berharap dia tidak menjadi ‘remote control’ kepada (Ketua Umum PKR, Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” katanya.

Katanya, menjadi tanggungjawab Azmin Ali untuk membuktikan kepada rakyat bahawa segala keputusan yang dibuatnya selepas ini bukan arahan dari pihak tertentu.

Menurut Ummi, kerusi Menteri Besar Selangor secara tradisinya dikenali sebagai kerusi 'panas' dan beliau tidak mahu melihat Mohamed Azmin jatuh seperti bekas-bekas menteri besar sebelum ini. ~sinar harian



Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...