Sunday, 21 September 2014

Ini Merupakan Calon BN PRK Pengkalan Kubor Yang Sebenar?


Cukup kesian.. Jikalau benarlah info ini, ini mungkin antara penyebab kekalahan BN di PRK Pengkalan Kubor. Di atas dikatakan hasil kajian dari pihak BN. Ramai yang tidak puas hati dengan calon yang sekarang. Betul ke?

Di bawah ini laporan awal pengumuman calon BN PRK Pengkalan Kubor..

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat, Mat Razi Mat Ail, 49, diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini. 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Mat Razi dalam satu Majlis di Pusat Operasi Pilihan Raya Kecil N.01 Pengkalan Kubor, Tumpat sebentar tadi. 
Mat Razi berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat merupakan anak tempatan dan lebih dikenali sebagai Cikgu Mat Razi. 
Beliau juga mengasaskan sekolah pondok di tanah wakaf sendiri Kampung Simpangan dan aktif dalam pelbagai aktiviti keagamaan membuatkan penduduk setempat memanggilnya Ustaz Mat Razi. 
Mat Razi pernah muncul sebagai johan taranum al-Quran ketika menuntut di maktab perguruan dahulu dan turut menjadi imam di Masjid Simpangan. ~astro awani



Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...