Saturday, 6 September 2014

Gambar Paling Sempoi Dari Istana Kelantan.. Saksikanlah


Bagi rakyat Kelantan, melihat Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V bersama-sama rakyat adalah perkara biasa. Baginda terkenal dengan penampilannya yang sederhana dan merendah diri.

Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Bharu, Kelantan dan di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Walaupun berketurunan Raja dan berpendidikan tinggi, Baginda merupakan seorang Raja yang merendah diri. Terbaru, gambar Baginda bersama rakyat dengan hanya memakai singlet putih dan kain sarung tersebar di internet.

Gambar ini sudah tentu akan menambahkan lagi kekaguman rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan terhadap Sultan mereka ini. Malah Baginda dilihat tidak kekok mengambil gambar dengan rakyat biasa.

Selain dari itu, Sultan Muhammad Ke-V adalah Sultan yang pertama yang mengarahkan perkataan "Daulat Tuanku" ditukar kepada "Allahuakbar" supaya setiap kali disebut, semua yang menyebut akan mendapat pahala. ~bloglist




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...