Tuesday, 30 September 2014

Selangor Bakal Bergolak Semula Dengan Isu Ini?


PETALING JAYA: Nasib tiga Exco PAS Selangor akan ditentukan hari ini bagi mengetahui portfolio yang bakal digalas oleh mereka. Menurut laporan yang dibuat oleh BN BBC, keputusan yang akan dibuat oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali merupakan keputusan yang sukar dan kritikal kerana kedudukan Pakatan Rakyat kini dalam keadaan yang tidak menentu dengan tindakan PKR dan DAP bertindak menolak PAS.

PAS dikatakan bakal mendapat portfolio yang tidak penting.


Menurut Mohd Zaidy Abdul Talib yang juga salah seorang Exco PAS, Azmin akan mengadakan perbincangan bagi menentukan portfolio Exco masing-masing hari ini tetapi belum mengetahui portfolio yang bakal dipegang.

Pada masa yang sama, AJK PAS Pusat, Nik Mohd Abduh Nik Aziz sebelum ini mendakwa PKR dan DAP bertindak membuli Exco PAS.

Selain Nik Abduh, pemimpin kanan PAS juga pernah menyuarakan pendapat mereka mengenai perpecahan akan berlaku dalam PR sekiranya Azmin meminggirkan Exco daripada PAS.

Baru-baru in, Azmin hanya memberikan tiga jawatan Exco kepada PAS berbanding empat sebelumnya dan terdapat saranan dalam kalangan pemimpin kanan PAS agar mereka tidak mengangkat sumpah jawatan tersebut.

Exco PAS yang dikatakan bakal menerima portfolio tidak penting itu ialah Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Mohd Zaidy Abdul Talib. ~free malaysia today






Iklan C (ii)







1 comment:

  1. Salam, saya mulakan dahulu dengan ucapan wallahu 'alam tetapi isu portfolio tidak penting sebenarnya tidak timbul.

    Jika sesuatu portfolio itu tidak penting, maka apa gunanya ia diadakan ? Semua portfolio adalah penting kerana ia menanggung tanggungjawab tertentu yang tanpanya pentadbiran negeri akan pincang.

    Hakikatnya ialah bukan portfolio tetapi kecermerlangan mengalas tanggungjawab yang diberikan. Jika EXCO Pas mendapat semua portfolio yang terpenting sekalipun tetapi tidak berjaya melaksanakan tugas, apa gunakan ?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...