Sunday, 28 September 2014

Pendedahan Mengejutkan Dari Exco Pulau Pinang


Ahli majlis daripada PAS, Iszuree Ibrahim silap apabila mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang pro-pemaju ketika berurusan dengan masalah setinggan, kata ahli exco kerajaan negeri Dr Afif Bahardin hari ini.

Dr Afif yang juga Exco Kesihatan Negeri, berkata dakwaan Iszuree tidak melambangkan kebenaran kerana kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada kritikan, selagi mereka tidak fitnah.

Beliau berkata, ini adalah sebab utama mengapa Iszuree digugurkan daripada semua jawatankuasa majlis minggu lepas.

Dr Afif berkata, ahli majlis PAS itu bertindak terburu-buru dalam memfitnah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dengan mendakwa ia adalah sama seperti kerajaan Barisan Nasional kerana pro-pemaju apabila berurusan dengan masalah setinggan.

“Tidak ada kebenaran dalam tuntutannya. Pulau Pinang tidak pernah mengeluarkan arahan pembangunan kepada pemaju untuk projek di mana ada setinggan.

“Itu sendiri adalah perbezaan besar ketika pemerintahan BN, di mana arahan dikeluarkan sebelum masalah setinggan diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Afif, yang juga timbalan Pemuda PKR berkata pendekataan berbeza yang diambil kerajaan negeri sekarang ialah menggalakkan pemaju berunding dan menyelesaikan isu setinggan.

Beliau mendakwa, amat malang bila ada pemaju atau pemilik tanah berkait dengan BN dan Umno memilih untuk tidak berunding tetapi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan setinggan keluar tanpa pampasan yang sewajarnya.

“Bagi kes seumpama itu, kerajaan negeri mengaturkan bantuan guaman bagi membantu setinggan. Tidak ada arahan pembangunan dikeluarkan kepada pemaju walaupun mereka menang di mahkamah.

“Iszuree tahu mengenai perubahan pendekatan ini. Beberapa kes yang disebutnya dibawa ke mahkamah dan hartanah itu juga berkait dengan Umno atau BN,” katanya.

Dr Afif berkata, jika setinggan itu berada atas tanah kerajaan negeri, mereka akan diberi pampasan atau rumah jika dipaksa keluar.

Katanya, beliau kesal dengan tindakan Iszuree, kerana walaupun tindakan terhadapnya diambil, beliau terus mengeluarkan kenyataan dalam isu tidak berkaitan dengan memainkan sentimen.

Beliau berkata, Iszuree patutnya lebih rasional dan mengaku kerajaan negeri hanya mengambil tanah bagi kegunaan awam.

“Kerajaan negeri buat kali pertama pernah mengambil tanah bukan Melayu dan bukan Islam untuk dijadikan kawasan perkuburan Islam,” katanya.

Dr Afif berkata, Iszuree sepatutnya sedar pelantikannya dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dibuat oleh kerajaan negeri, bukan rakyat, dan ia dilakukan atas dasar percaya.

Sebagai ahli majlis, Iszuree patut tahu semua polisi itu sejak 2008 dibuat berdasarkan tanggungjawab bersama.

“Sudah pasti kerajaan beri ruang, peluang dan menyediakan saluran kepada ahli majlis untuk menyuarakan pandangan. Kita semua dibenarkan mengkritik dan membantah dalam mesyuarat secara berhemah dan beretika,” katanya.

Dr Afif berkata, Iszuree patut menyemak semula tindakannya itu sama ada ia selaras dengan semangat PR atau tidak dan hentikan semua tuduhannya.

“Kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap sesiapa dalam pentadbirannya yang gagal menghormati kesepakatan yang kita capai,” katanya.

Hujung minggu lalu, Iszuree yang juga bendahari PAS negeri, menerima surat yang ditandatangani Setiausaha MPPP Ang Aing Thye yang menyatakan majlis eksekutif negeri membuat keputusan pada Khasmi untuk mengeluarkan beliau daripada jawatankuasa dan membekukan semua peruntukan untuknya daripada majlis.

Tindakan itu menyebabkan kritikan daripada sayap Pemuda PAS di peringkat negeri dan kebangsaan yang menyatakan kerajaan negeri diterajui DAP itu berdendam walaupun Iszuree memberikan kritikan membina.

Mengulas penyingkirannya, Iszuree menulis dalam Facebooknya: "Kebebasan suara mati di Pulau Pinang, apa guna Speakers Conner di Padang Kota. Pemerintahan Muo Tze Tong...penuh hasad dan dendam."

Iszuree pada 19 September lalu semasa berucap sebagai perwakilan di Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat berucap mengenai mengenai pengusiran penduduk tradisional untuk memberi laluan kepada projek-projek pembangunan baru di negeri ini.

Beliau berkata, pemimpin Pakatan Rakyat kini lebih mesra dengan pemaju daripada dalam mendengar suara rakyat. ~malaysian insider




Iklan C (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...