Saturday, 27 September 2014

DAP Kini Berpecah?

lim guan eng

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) berkata perpecahan parti itu di Kedah berlaku disebabkan ada anggotanya yang cuba mengelirukan anggota lain serta melakukan tindakan yang menggugat keutuhan parti.

Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata pihaknya kini menunggu laporan mengenai perkara tersebut daripada beberapa pihak termasuk bekas pengerusi sementara DAP Kedah Zairil Khir Johari yang dilantik oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebelum ini.

"Mereka yang dikelirukan nak datang balik kita terima dengan tangan terbuka. Untuk yang jadi dalang kita tunggu laporan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan DAP negeri di Dewan Himpunan Cina Kedah di Alor Setar hari ini.

Sebelum ini, DAP Pusat menggantikan pengurusan DAP Kedah termasuk bekas Pengerusinya Lee Guan Aik, dengan Zairil dilantik sebagai pengerusi sementara berkuat kuasa 10 Mei 2013.

Lee yang kecewa dengan perkara itu meminta DAP Pusat memberi penjelasan mengenai perkara itu kerana ia dilakukan tanpa perbincangan bersama jawatankuasa negeri terlebih dahulu.

Lee mendakwa pelantikan Zairil sebagai pengerusi sementara oleh parti itu tidak sah kerana tidak mematuhi prosedur perlembagaan parti dan mendakwa beliau masih pengerusi DAP Kedah yang sah.

Susulan pelantikan jawatankuasa interim yang dipilih oleh CEC parti itu, konflik dalaman berlaku dalam DAP Kedah apabila apabila wujud dua kepimpinan.   

Satu mesyuarat agung tahunan (AGM) parti DAP Kedah diadakan pada 11 Julai lalu dan Tan Chun Ping dipilih sebagai pengerusi baharu. ~bernama





Iklan C (ii)





1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...