Wednesday, 24 September 2014

Cerita Lucu Semasa Perlantikan Azmin Ali


KLANG: Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) sedia memulakan jalinan kerjasama dengan Menteri Besar baru Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam usaha mempertahankan Islam, Melayu dan institusi raja di negeri ini. 

Presidennya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali memaklumkan, dia tertarik dengan lafaz Ikrar Aku Janji Menteri Besar khususnya dalam tiga konteks berkenan isu berkenaan dan berharap ia dapat dilaksana sebaik mungkin.

"Sebagai Presiden JATI Malaysia, kita akan berikan kerjasama sebaiknya dan kerjasama itu diberikan sekiranya Yang Amat Berhormat betul-betul serius dan punyai kekuatan serta sokongan daripada semua pihak untuk menjamin bahawa Islam, Melayu dan institusi raja itu dapat dipertahankan," jelasnya kepada Astro AWANI selepas Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar di Istana Alam Shah, di sini, hari ini. 

Sehubungan itu kata Hasan, satu pertemuan akan diatur bagai membincangkan hal tersebut dengan lebih lanjut. 

"Saya ada bagitau dia (Azmin) tadi, bahawa kita akan adakan satu pertemuan dengan pemimpin-pemimpin JATI untuk bincangkan dengan lanjut di mana tempatnya kami di JATI yang memang dah lama dalam ketiga-tiga bidang ini," 

"Kalau dapat dijalinkan satu hubungan baik demi Islam, Melayu dan institusi raja akan berikan faedah dan manfaat terbaik kepada Selangor dan rakyat negeri Selangor", katanya. 

Antara sepuluh intipati Ikrar Aku Janji yang dilafazkan termasuklah memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam senagai agama negeri dan kepercayaan orang Islam dari diganggu gugat pihak lain. 

Selain itu ikrar itu turut menyebut akan memelihara kedaulatan institusi raja dan mempertahankannya dari dicemari mana-mana pihak dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan pada masa sama kepentingan sah kaum lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. 

JATI merupakan sebuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggerakkan massa ke arah membentuk masyrakat madani dengan mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi raja. 

Sebelum penubuhan JATI, Dr. Hasan adalah bekas barisan exco kerajaan negeri Selangor. 

Namun, selepas di pecat PAS, dia lantang mengkritik kepimpinan Pakatan Rakyat dalam mentadbir negeri itu. 

Kelantangannya sering menjadi berdebatan khususnya dengan Azmin Ali termasuk dalam isu Kalimah Allah. 

Dr Hasan juga pernah membidas Azmin yang didakwa bersikap sikap angkuh dan biadab terhadap keputusan Majlis Syura Pas berhubung isu tersebut. ~astroawani 





Iklan C (ii)





2 comments:

  1. Alahai Hassan Jati hidup lagi kau.

    ReplyDelete
  2. Hasan Ali ni bagai dedalu ye nak bertenggek dibahu Azmin. sudah-sudahlah Hasan datang jumpa aku dapat aku bagi tugas jaga kebun aku kalau tak da kerja jangan
    nak menyemak dengan MB

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...