Saturday, 20 September 2014

Bukti Umno Bakal Kalah Di PRK Pengkalan Kubor

prk pengkalan kubor

PAS tetap akan membangkitkan isu royalti minyak dalam kempen pilihan raya kecil Pengkalan Kubor walau lawannya, BN kelihatan tidak berminat untuk mengetengahkan isu berkenaan.

Pemimpin jentera PAS, Mohamad Zaki Ibrahim berkata pihak PAS tidak mencapai apa-apa persefahaman dengan BN untuk tidak membangkitkan isu berkenaan dalam kempen pilihan raya ini.

"Kita akan sebut hal yang berkenaan dengan hak Kelantan. Walaupun BN telah mendiamkan diri dalam kempen tanpa mrnyebut isu royalti kami tetap akan membawa isu ini".

"Namun kita tidak akan sebut hal yang sedang dibincangkan di mahkamah," kata timbalan pengarah jentera PAS untuk pilihan raya kecil itu.“Kita tak ada persefahaman dengan BN tetapi segala tohmahan kita akan jawab dalam ceramah oleh (MP PAS, Datuk) Takiyuddin (Hassan) pada 22 haribulan,” katanya yang juga ADUN Kelaboran.

ADUN Kelaboran itu yang ditemui selepas sidang media harian PAS di markas besar jentera parti itu di Pengkalan Kubor pagi ini. ~malaysiakini


Addin:

Jentera PAS perlu menyerang isu kerana isu ini ampuh di hati rakyat Kelantan. Sesi penerangan berkenaan isu ini akan menatijahkan kemenangan PAS di PRK Pengkalan Kubor.



Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...