Friday, 19 September 2014

Bukti Terbaru Wan Azizah Tidak Dilantik Jadi MB Selangor?

Wan Azizah

SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan bukan ADUN Selangor yang bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu pada Selasa ini.

Ini berdasarkan sumber istana yang dihubungi, berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memilih ADUN wanita bagi menjadi Menteri Besar yang baharu, yang akan mengangkat sumpah jawatan pada 23 September ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan siapa ADUN yang bakal mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar daripada Sultan Sharafuddin Idris Shah, kelak mahupun mendedahkan daripada parti mana ADUN berkenaan.

"Itu saya tidak boleh ceritalah. Biar ia menjadi kejutan kepada semua. Kita tunggu hari Selasa ini," katanya.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor, di Istana Alam Shah, Klang, jam 10.30 pagi itu disahkan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani petang tadi.

Sementara itu, dua nama disebut-sebut bakal menjadi menteri besar Selangor yang baharu, Selasa ini iaitu ADUN Chempaka, Iskandar Abdul Samad, iaitu EXCO Kanan dalam pentadbiran kerajaan Selangor ketika ini dan ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, yang juga Timbalan Presiden PKR. ~berita harian




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...