Tuesday, 23 September 2014

BN Buat Magik Di PRK Pengkalan Kubor.. Saksikanlah

prk pengkalan kubor

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pengkalan Kubor, Mohd Sobri Ramli mengakui bahawa beliau tersalah mengeluarkan arahan untuk menurunkan papan iklan pro-BN dalam kawasan pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor berhubung isu royalti minyak.

Beliau berkata surat itu sepatutnya ditujukan kepada Urusetia Penerangan kerajaan negeri, bawah pentadbiran PAS Kelantan.

Namun, beliau membuat kesilapan dengan mengeluarkan surat kepada Jabatan Penerangan Negeri bawah kerajaan persekutuan, katanya.

Bahan kempen yang dimaksudkan itu sepatutnya melibatkan papan iklan yang antara lainnya mempersoalkan alasan rakyat Kelantan dinafikan hak ke atas bayaran royalti.

Namun, surat yang tersilap kandungan itu mengarahkan Jabatan Penerangan menurunkan papan iklan yang menjelaskan pendirian kerajaan persekutuan dalam isu royalti minyak.

"(Surat) kepada Jabatan Penerangan itu salah. Sepatutnya (dialamatkan pada) urusetia penerangan yang di bawah kerajaan negeri.

prk pengkalan kubor

"SPR negeri tersilap. Kita akan keluarkan surat baru dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Surat bertarikh 22 September daripada SPR itu dialamatkan kepada Jabatan Penerangan Negeri Kelantan dan turut disertakan salinannya kepada PAS.

Surat itu ditunjukkan kepada petugas media dalam sidang media PAS pagi ini.

Ia antara lainnya menggariskan bahawa SPR mendapati, papan iklan tersebut mempunyai maklumat yang dikhuatiri boleh mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan kepada individu atau golongan tertentu.

Ia seterusnya meminta Jabatan Penerangan menurunkan papan iklan mereka di kawasan antaranya di jalan utama menuju Pengkalan Kubor, Cabang Tiga dan Kampung Jubakar.

PAS dalam sidang medianya pagi ini menggunakan surat berkenaan sebagai alasan untuk menggesa BN menurunkan papan iklan pro-BN.

prk pengkalan kubor

Papan tanda tersebut antara lainnya mendakwa PAS berbohong mengenai tuntutan “RM12 bilion wang ehsan fitnah besar PAS”. ~malaysiakini


Addin:

Boleh pulak tersilap.. atau dah kena warning dengan BN, cakap tersilap. Apapun rakyat memang dah hilang kepercayaan pada SPR, SPR dilihat bekerja untuk memastikan kemenangan kepada parti pemerintah.




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...