Friday, 5 September 2014

Berita Tergempar Dari HQ PKR Dan PAS..


PAS membuat gempar apabila tidak menamakan dua calon menteri besar Selangor daripada PKR yang dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa pusatnya sebelum ini.

Beberapa pemimpin kanan PKR memberitahu, bukan sahaja presiden mereka Datuk Seri Wan Azizah Ismail, malah timbalannya Azmin Ali juga tidak dihantar PAS kepada pihak istana.

Perkara itu dimaklumkan beberapa pemimpin kanan PKR kepada Malaysiakini petang ini.

Seorang sumber yang enggan dinamakan menganggap tindakan itu "mempermain-mainkan PKR" dan mereka akan bertemu dengan PAS bagi mendapatkan penjelasannya sebelum ini.

Pertemuan itu dikatakan akan berlangsung sama ada malam ini atau esok.

Biro politik PKR hari ini mengambil masa hampir empat jam untuk membincangkan isu itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifudin Nasution turut ditanya pemberita berhubung kemungkinan nama Azizah dan Azmin tidak dikemukakan kepada istana oleh PAS.

Saifuddin mengakui PKR terpaksa membuat perancangan semula berkenaan isu itu jika ia berlaku.

"Kami bincang semua sekali. Kami kembali ke drawing board," kata beliau kepada wartawan selepas mesyuarat di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini mengesahkan menghantar dua nama ADUN PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Sebuah portal melaporkan hari ini, sumber rapat dengan PAS Selangor menghantar nama tiga exco PAS iaitu Iskandar Ab Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus Hairi.

Ini bertentangan dengan pendirian PAS pada 17 Ogos lalu yang memutuskan menyokong Azizah di samping Azmin sebagai calon menteri besar. ~mk




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...