Tuesday, 2 September 2014

Berita Menggemparkan Dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menolak permohonan maaf dari seorang pengguna Twitter yang didakwa menghina beliau, dan menegaskan bahawa mereka yang bersalah akan dihukum.

"Tiada Maaf lagi kpd sesiapa jua yg menyalahgunakan rangkaian media utk menghina/mengutuk dan menghasut.

"Tunggu tindakan@PDRMsia," kata Khalid yang mengguna twitter @KBA51, dalam satu tulisan hari ini.

Awal hari ini, pengguna Twitter Viktor Wong telah memohon maaf kepada Khalid kerana menghina ketua polis negara semalam.

Semalam, Wong, dalam reaksinya terhadap penangkapan beramai-ramai di Pulau Pinang, menggelar Khalid "ruthless" (zalim) dan menyamakannya dengan Heinrich Himmler, seorang komander tentera utama Parti Nazi.



Himmler dikatakan telah menyelia pembunuhan enam juta Yahudi semasa Holocaust.

Tidak lama selepas itu, Khalid menerbitkan gambar komen tersebut dan mengarahkan pegawainya mengesan Wong dan mengambil tindakan terhadapnya, dalam posting Twitter.

Beliau juga meminta tindakan diambil terhadap pengguna Twitter lain yang memanggilnya "anjing BN". ~mk


Addin:

Era kegelapan demokrasi di Malaysia berulang kembali..




Iklan C (ii)










2 comments:

  1. Padan muka ... berani buat kena berani tanggung. Tahniah IGP ... era kebangkitan telah bermula. Rembat semua yang kurang ajar nih ...

    ReplyDelete
  2. Admin ... patut nasihat LGE dan kerajaan DAP Pulau Pinang yang terang2 mematikan demokrasi, menghalang komen dan kritik, memboikot media yang sehaluan dengan mereka dan pelbagai lagi tindakan yang secara umumnya menghalang orang ramai dari menentang DAP... memang betul era kegelapan demokrasi telah lama bermula di Pulau Pinang.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...