Friday, 12 September 2014

Berita Mengejutkan Dari Seberang Laut


Ketua Pengarah FELDA Datuk Faizoull Ahmad mencuri perhatian ramai apabila dilaporkan melawat sebuah kelab bola di Scotland semalam bersama seorang individu yang dikehendaki polis antarabangsa, Interpol.

Tabloid Scotland,Daily Recordmelaporkan Faizoull melawat kelab bola Glasgow Rangers bersama Rafat Rivzi susulan spekulasi bahawa pegawai tertinggi Felda itu dilapor antara individu yang berminat membeli kelab yang berdepan kemerosotan prestasinya.

Bagaimanapun, laporan BBC memetik seorang jurucakap kelab itu sebagai menafikan bahawa Faizoull mahu membeli kelab itu tetapi mengesahkan kehadiran Rafat, tanpa pengetahun mereka, bersama delagasi Malaysia ke kelab itu.

Rivzi, seorang warganegara UK, pada 2010 didapati bersalah kerana terlibat dalam kes penipuan bernilai jutaan USD tanpa kehadirannya di mahkamah dan dihukum 15 tahun penjara oleh mahkamah di Jakarta.

Indonesia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan UK. Namun akhbar Herald Scotland melaporkan Rafat dikehendaki Interpol kerana "rasuah, penggubahan wang dan jenayah perbankan".Kelibat Faizoull dan Rafat yang dirakam lensa Daily Recorddilapor mencetuskan kegusaran di kalangan peminat Glasgow Rangers. ~mk





Iklan C (ii)





1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...