Thursday, 4 September 2014

Berita Ini Bakal Menggembirakan Ahli PAS.. Saksikanlah


PETALING JAYA: Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 yang akan diadakan pada 18 hingga 20 September mungkin akan berpindah semula ke lokasi asal iaitu di satu tanah lapang berhampiran Sutera Mall, Johor Bahru.

Pihak FMT telah menerima informasi yang menyatakan bahawa pihak di Johor Bahru telah mengizinkan semula penganjuran Muktamar PAS berdekatan Sutera Mall dan menghubungi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bagi mendapatkan pengesahan berkenaan perkembangan tersebut.

“Saya pun dengar macam itu (kelulusan telah diberi untuk penganjuran muktamar PAS berdekatan Sutera Mall).

“PAS Johor akan bermesyuarat pada malam ini dan esok PAS Johor dijangka akan membuat pengumuman rasmi berkaitan hal ini (sama ada muktamar PAS berlangsung di Johor Bahru atau Batu Pahat),” katanya.

Sebelum ini Muktamar Tahunan PAS yang dijadualkan berlangsung di satu tanah lapang berhampiran Sutera Mall dijangka terpaksa dipindahkan ke tempat lain berikutan tindakan tuan tanah memulangkan semula wang deposit kepada pihak PAS setelah mendapat tekanan dari pihak tertentu untuk berbuat demikian.

Semalam, Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil menjelaskan bahawa Muktamar Tahunan PAS, kali ke 60 terpaksa dipindahkan ke satu lokasi baru.

Menurutnya, ia akan dipindahkan ke Parit Raja di Batu Pahat, dalam kawasan parlimen Sri Gading. Berikutan itu PAS telah memindah lokasi muktamar ke Parit Raja di Batu Pahat. ~fmt





Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...