Thursday, 11 September 2014

Belum Pun Apa-Apa.. Umno Dah Meracau Di Pengkalan Kubor


Belum pun tempoh berkempen dimulakan, ahli dan penyokong pembangkang dalam kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor telah mengisytiharkan ‘perang’.

Mereka memulakan perbuatan khianat dengan menconteng muka beberapa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada kain-kain rentang yang dipasang penyokong lawan sebagai bahan kempen menghadapi PRK 25 September ini.

Naib Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Wan Hanapi Wan Yaakob ketika dihubungi Malaysiagazette berkata, beliau kesal dan kecewa dengan sikap tidak bertamadun ditunjukkan ahli serta penyokong pembangkang dalam berkempen.

Katanya, UMNO Bahagian itu akan membuat laporan di Balai Polis Tumpat bagi memastikan perbuatan khianat seperti itu tidak berulang lagi.

Lebih menyedihkan katanya, wajah Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar juga turut diconteng dengan cat oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam kejadian yang disedari jentera parti itu pagi ini.
“Menconteng muka pemimpin pada kain rentang adalah perbuatan jahat manusia yang pintu hatinya tertutup.

“Hanya kerana politik, mereka sanggup untuk tidak menjaga sensitiviti umat Islam yang lain terutama ahli keluarga Allahyarham (Noor Zahidi). Kita mengutuk perbuatan ini,” katanya.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya dari UMNO dan BN, Noor Zahidi ketika menerima rawatan penyakit kanser hati di Hospital Guangzhao, China pada awal pagi 20 Ogos lalu.
Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan calon parti itu kira-kira jam 3.30 petang ini di Pusat Khidmat DUN Pengkalan Kubor.

Dalam PRK ini, UMNO dan BN dijangka berlawan dengan Pas berikutan keputusan yang dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk menarik diri dari bertanding. ~malaysia gazzette




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...