Saturday, 27 September 2014

Bekas MB Selangor Dedah Kelantan Akan Jatuh Kepada BN.. Ini Buktinya

mohd taib ahmad

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubur memberi tanda jelas PAS akan kehilangan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang jika parti Islam itu terus berfikir  boleh menang dengan duduk bersendirian tanpa bekerjasama dengan pihak lain, kata Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad.

Kerjasama yang baik dalam Pakatan Rakyat akan membolehkan PAS mempertahankan Kelantan daripada jatuh ke tangan Barisan Nasional, kata NGO yang menjadi pelobi kuat agar PAS teruskan kerjasama dengan Pakatan itu.

PAS kalah dengan majoriti yang lebih besar dalam PRK Pengkalan Kubor berbanding kekalahan PKR dalam pilihan raya umum lalu.

Calon BN Mat Razi Mat Ail memperoleh undi sebanyak 9,981 manakala calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim mendapat 7,326 undi.

BN menang dengan majoriti lebih besar iaitu 2,635 undi berbanding kemenangan parti itu pada PRU13, iaitu 1,736 undi.

Bagi PasMa, PAS perlu membuka mata seluas-luasnya ekoran kekalahan lebih besar di Pengkalan Kubor ini kerana ia memalukan parti itu selepas mengambil kerusi yang dimiliki PKR sebelum ini.

Taib juga memberi alasan kelemahan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub dalam memahami kehendak rakyat Kelantan dan tidak dapat melaksanakan janji-janji yang ditetapkan dalam manifesto dalam pilihan raya lalu antara punca kekalahan ini.

Penyingkiran Datuk Husam Musa, naib presiden yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan dari dalam kerajaan negeri juga menyebabkan berlaku kelemahan dalam kerajaan negeri, dakwa beliau.

"Bukan beliau sahaja tetapi pasukan beliau yang ada dalam GLC dan parti dibersihkan oleh kepimpinan PAS Kelantan," tambahnya.

Bagi beliau, jika perkara ini tidak dibetulkan, ia bakal menjadi penyebab kerajaan negeri Kelantan kecundang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Beliau perlu dikembalikan ke dalam kerajaan negeri untuk kembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri Kelantan kerana beliau mempunyai peranan yang besar bersama Tuan Guru Nik Aziz dalam membina Kelantan sehingga pilihan raya umum lalu," katanya merujuk kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat, bekas menteri besar Kelantan.

Selain itu, Taib juga menyalahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekalahan Pengkalan Kubor.

"Kenyataan presiden PAS dalam muktamar mengenai PR. Kenyataaan kepada DAP dan PKR sebabkan hubungan dalam PR retak juga puncanya," kata Taib, kerana bagi beliau, keretakan dan krisis dalam PR juga menyebabkan pengundi tidak senang dengan PAS.

Selain itu, beliau menyalahkan kenyataan pemimpin Kelantan lain, termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Aziz sebagai punca kekalahan.

"Timbalan menteri besar dan Nik Abduh banyak membuat kenyataan mempertikai rakan-rakan dalam PR. Sebaliknya mereka memuji Umno dan BN. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang menjadi bahan serangan. Sebab itu bagi saya, rakyat Kelantan membuat keputusan yang bijak," katanya.

Sebelum ini, penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof berkata sikap anak muda yang muak dengan apa yang berlaku dalam PAS dan Pakatan antara punca PAS kalah di Pengkalan Kubor.

Menurut Agus yang menulis di dalam laman media sosial Facebook, BN menang di Pengkalan Kubor kerana anak muda sudah muak dengan cara PAS dan PR berpolitik.

"Ini bukannya kerana BN hebat, jentera BN kuat, wang BN banyak, calon BN baik atau media BN kawal, tetapi kerana anak muda sudah bosan dengan politik PAS dan PR.

"Maka ramai anak muda yang tidak akan balik mengundi, dan mereka juga tidak kisah dengan hasil pilihan raya kecil ini," katanya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mendakwa kekalahan PAS dalam PRK Pengkalan Kubor disebabkan lemahnya hubungan dalam PR.

Timbalan presiden Umno itu berkata faktor itu menjadi pertimbangan pengundi di Pengkalan Kubor selain krisis Selangor yang dibiarkan lama berlarutan.

"Mereka melihat keadaan PR, peristiwa yang berlaku di Selangor, perhubungan yang begitu tidak mantap antara PAS, PKR dan DAP.

"Saya percaya pengundi di kawasan ini juga dapat membuat penilaian, situasi begini tidak baik. Kalau berterusan membawa impak tidak baik kepada Pengkalan Kubor," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail di Tumpat malam kelmarin. ~malaysian insider



Iklan C (ii)





1 comment:

  1. kasi jer kat BN..annti byk yg dapat benda2 baru...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...