Wednesday, 24 September 2014

Azmin Ali Umum Senarai Exco?


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata pemilihan barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) baharu sudah diputuskan.

Azmin Ali berkata, keputusan sudah dicapai melalui hasil perbincangan dengan setiap parti komponen Pakatan Rakyat (PR) semalam.

Pertemuan kedua akan diadakan petang ini untuk memuktamadkan nama-nama calon sebelum menyerahkan senarai nama terbabit kepada Sultan esok.

"Sekarang kita tengah teliti barisan exco baru."Saya dah bincang semalam dan akan disusuli dengan pertemuan kedua petang ini.

"Kita akan selesaikan proses ini pada Khamis sebelum menghadap Tuanku dan majlis angkat sumpah pada Jumaat," katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan taklimat bersama ketua jabatan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamad Khusrin Munawi di Bangunan SUK di Shah Alam pagi ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu juga enggan mengesahkan sama ada barisan exco terdahulu dilantik semula atau digugurkan.

"Itu terpulang kepada cadangan daripada parti masing-masing yang kita akan teliti dan bincang," katanya.

Barisan exco semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terdiri daripada 10 Adun; 4 (PAS), 3 (PKR), 3 (DAP).

Mereka adalah Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali, Sallehen Mukhy‎i, Dr Daroyah Alwi, Rodziah Ismail, dan Elizabeth Wong.

Selain itu, Datuk Teng Chang Khim, V Ganabatirau, dan Ean Yong Hian Wah.

Enam exco daripada PKR dan DAP itu bagaimanapun dipecat Khalid pada 12 Ogos selepas didapati melanggar ikrar 10 Akujanji apabila cuba mengha‎lang kuasa menteri besar membuat keputusan dalam mesyuarat.

Manakala empat exco PAS diarahkan PAS Pusat supaya kekal mentadbir negeri bersama Khalid dan meletakkan jawatan secara rasmi semalam selepas Azmin mengangkat sumpah lantikan di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. ~malaysian insider




Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...