Wednesday, 24 September 2014

Akhirnya.. BN Iktiraf DAP

DAP

KUALA LUMPUR – Kemelut 21 bulan melibatkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan DAP akhirnya selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila agensi tersebut mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.

Dalam pendengaran kes saman DAP terhadap agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri itu, ROS bersetuju bahawa CEC DAP yang dilantik pada 29 September tahun lalu adalah sah dan boleh melaksanakan tugas.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang melalui akaun Twitternya menulis “Berakhirnya ‘limbo’ 21 bulan bagi DAP setelah Pendaftar Pertubuhan mengalah di Mahkamah Tinggi. CEC DAP boleh melaksanakan semua tugas dan kuasanya”

Kemelut CEC DAP bermula selepas keputusan pemilihan DAP dalam kongresnya pada tahun 2012 tidak diiktiraf ROS lantaran kesilapan teknikal.

DAP kemudiannya melakukan pemilihan semula pada 29 September tahun lalu sesuai dengan saranan pihak ROS.

Pun begitu, ROS tetap tidak mengiktiraf jawatankuasa yang dilantik dan mengarahkan supaya badan tersebut tidak membuat sebarang keputusan, sehingga siasatannya selesai.

Hakim Datuk Zaleha Zahari menggugurkan saman DAP terhadap ROS tanpa arahan kos, setelah DAP menarik balik samannya bagi mendapatkan semakan kehakiman terhadap arahan ROS terbabit.

Dalam penghujahannya kepada mahkamah, Peguam DAP Gobind Singh Deo berkata bahawa arahan yang dikeluarkan ROS pada 6 Disember 2013 terhadap Setiausaha Agung DAP bukanlah arahan yang mengikat dari segi undang-undang.

“Oleh yang demikian arahan tersebut adalah tidak tidak mengikat dan hanyalah nasihat kepada DAP, dan pihak ROS mengiktiraf CEC DAP yang dilantik pada 29 September 2013.” ~roketkini.com





Iklan C (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...